Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460446
Title: | Penghasilan lactobacillus rekombinan yang mengekspresikan protein bukan-struktur 1 (NS1) virus influenza A strain H5N1 di permukaan sel bakteria |
Authors: | Tan Toong Seng (P79513) |
Supervisor: | Yap Wei Boon, Dr. |
Keywords: | Asid laktik Antigenik Lactobacillus Vaksin oral influenza Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Dec-2016 |
Description: | Perkembangan terkini dalam biologi molekul bakteria asid laktik telah memungkinkan penghasilan strain-strain bakteria rekombinan yang mampu mengekspresikan epitop yang antigenik serta mampu merangsang keimunan terhadap jangkitan mukosa. Kajian ini bermatlamat untuk mereka bentuk dan menghasilkan Lactobacillus rekombinan yang mengekspresikan salah satu epitop terpelihara virus influenza strain H5N1, protein NS1 bagi menghasilkan strain Lactobacillus yang berpotensi dijadikan vaksin influenza universal. Secara ringkas, jujukan gen NS1 bersaiz 680-bp yang diamplifikasikan melalui tindak balas berantai polimerase (PCR) telah dicantum dengan plasmid pengekspresan permukaan, pSGANC332, di antara tapak restriksi EcoR1 dan Sal1. Plasmid rekombinan ini kemudian dielektro-transformasikan ke dalam Lactobacillus casei (Lb. casei) strain C1. Kestabilan plasmid rekombinan dalam Lb. casei dinilai dengan membandingkan unit pembentukan koloni (CFU) yang terdapat pada plat agar yang mengandungi eritromisin dengan plat yang tidak mengandungi eritromisin. Pengekspresan protein NS1 oleh Lb. casei dikenal pasti dengan menggunakan pemblotan Western. Jumlah protein NS1 ditentukan secara relatif kepada lengkung piawai protein NS1. Seterusnya, analisis imunofluoresens dijalankan untuk mengenal pasti pengekpresan protein NS1 pada permukaan Lb. casei. Penyaringan secara PCR mengesahkan kehadiran plasmid pSG-NS1-ANC332 rekombinan dalam Lb. casei strain C1. Analisis kestabilan plasmid menunjukkan plasmid rekombinan tersebut adalah stabil (98.94±1.65%) pada 20 generasi pertama Lb. casei pertama tanpa kehadiran tekanan pemilihan antibiotik. Namun, kestabilannya berkurang hampir separuh selepas 40 generasi dan terus menurun sehingga mencapai 4.26±2.30% pada generasi ke-100. Pemblotan Western mengesahkan pengekspresan protein NS1 bersaiz 49 kDa oleh Lb. casei strain C1. Jumlah hasil protein NS1 yang diekspresikan adalah sebanyak 1.325±0.065 μg bagi setiap 1 mg sel basah. Dalam analisis imunofluoresens, fluoresens merah yang ketara diperhatikan pada Lb. casei yang mengekspresikan protein NS1 namun tidak kelihatan pada Lb. casei yang membawa plasmid bukan rekombinan. Hal ini menyokong pengekspresan protein NS1 pada permukaan Lb. casei strain C1. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan Lb. casei strain C1 sesuai dijadikan perumah bagi pengekpresan protein NS1 pada permukaan perumah terutamanya dengan menggunakan plasmid pengekspresan permukaan, pSGANC332. Lb. casei rekombinan ini berpotensi sebagai calon bagi vaksin oral influenza.,Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan) |
Pages: | 120 |
Call Number: | QW20.5.T161p 2017 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97173+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 542.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.