Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460445
Title: Potensi dan formulasi gel repelan ekstrak tumbuhan tempatan terpilih terhadap nyamuk dan penilaian keselamatannya
Authors: Nor Zafirah Abu Bakar (P58574)
Supervisor: Hidayatulfathi Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Demam denggi
Nyamuk Aedes
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Apr-2017
Description: Insiden demam denggi bawaan nyamuk Aedes semakin meningkat dilaporkan di negara kita. Kawalan dan pencegahan perlu dilakukan bagi mengurangkan kontak dengan vektor bawaan penyakit ini. Namun, repelan sintetik, DEET didapati memberikan kesan sampingan yang tidak baik terhadap pengguna memberikan idea kajian potensi repelan berasaskan botani dijadikan alternatif terhadap vektor denggi. Kajian ini dimulakan dengan penyediaan gel formulasi daripada minyak pati Litsea elliptica, Piper aduncum dan Piper sarmentosum. Dos keberkesanan bagi ketiga-tiga gel yang mengandungi minyak pati diuji berdasarkan Kaedah Buescher et al. (1982) manakala Kaedah Bioasai SIRIM MS 1497 : 2000 dijalankan bagi memperolehi tempoh perlindungan. Hasil mendapati bahawa gel yang mengandungi minyak pati P. sarmentosum memberikan keberkesanan yang terbaik berbanding gel yang mengandungi minyak pati lain, dengan nilai median dos keberkesanan 95% (ED95) 1.55% dan 82% perlindungan selama 2 jam. Tambahan lagi, gel yang mengandungi minyak pati P. sarmentosum 1.55% diuji di lapangan dan memberikan 95.49% pada jam pertama dan 100% perlindungan pada jam kedua. Gel yang mengandungi minyak pati P. sarmentosum juga diuji di makmal dengan dibandingkan dengan gel yang disimpan selama 3 bulan pada suhu 25°C berdasarkan garis panduan International Conference Harmonization (ICH Q1A(R2) 2003). Didapati tiada perbezaan terhadap keberkesanan di antara gel segar dan gel yang disimpan selama 3 bulan (p>0.05). Ujian kestabilan dilakukan terhadap gel yang mengandungi minyak pati P. sarmentosum 1.55% secara kimia dan fizikal. Analisis Kromatografi Gas menunjukkan minyak pati P. sarmentosum segar mempunyai tiga komposisi kimia utama iaitu cis-asaron (27.07%), miristisin (14.55%) dan kariofilena (9.36%). Namun, terdapat perubahan komposisi kimia pada minyak pati P. sarmentosum yang disimpan 3 bulan yang mana tiga komposisi kimia utama yang dikenalpasti adalah 2-allyl-1,4-dimethoxy-3-methyl-benzene (10.02%), β-kariofilena (7.99%) dan asaron (7.98%). Secara fizikal, terdapat perubahan ketara pada gel yang mengandungi minyak pati P. sarmentosum segar dari bewarna putih salji berubah kepada kelabu gelap setelah disimpan 3 bulan. Namun, tiada kehadiran mikroorganisma didapati pada gel yang mengandungi minyak pati segar dan gel yang telah disimpan apabila dikultur pada Nutrien Agar dan Saboroud Dextrose Agar. Penilaian keselamatan secara topikal juga dilakukan mengikut garis panduan ISO 10993-10 : 2010 dan Kaedah Buehler. Kajian iritasi kulit yang dilakukan terhadap arnab albino mendedahkan penggunaan topikal gel memberikan skor pada 2.55 yang diklasifikasikan sebagai iritasi sederhana. Kemudiannya, dalam kajian sensitizasi, kesan sensitizasi ringan dapat diperhatikan setelah gel sediaan diaplikasikan secara berulang ke atas kulit argus selama tiga minggu. Menerusi kajian histologi terdapat penebalan pada lapisan stratum corneum pada kulit argus dapat dilihat. Kesimpulannya, gel yang mengandungi minyak pati P. sarmentosum mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai repelan alternatif terhadap vektor denggi dengan penambahbaikan terhadap kestabilan fizikal formulasinya.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
Pages: 218
Call Number: QV766.N822p 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97170+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
269.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.