Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460443
Title: | Rangsangan ekstrak akues ficus deltoidea terhadap kontraksi uterus tikus sprague dawley |
Authors: | Umi Romaizatul Amiera binti Zainudin (P64521) |
Supervisor: | Nihayah Mohammad, Dr. |
Keywords: | Ficus deltoidea Emas Cotek pendarahan pos-partum Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Jan-2016 |
Description: | Ficus deltoidea yang juga dikenali sebagai Emas Cotek sering digunakan oleh wanita Melayu untuk mengecutkan rahim selepas bersalin dengan tujuan untuk menghalang insiden pendarahan pos-partum. Kajian lepas menunjukkan pemberian ekstrak akues daun F. deltoidea var. Deltoidea (FDD) dan var. Angustifolia (FDA) ke atas uterus tikus yang telah diisolasi mampu meningkatkan kontraksi uterus secara signifikan. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sebatian aktif FDD dan FDA serta mengkaji mekanisme rangsangan ekstrak FDD dan FDA terhadap kontraksi uterus tikus Sprague- Dawley. Penyaringan fitokimia menunjukkan kehadiran flavonoid, tanin dan saponin bagi FDD manakala terdapatnya flavonoid, tanin dan terpenoid bagi FDA. FDD dan FDA seterusnya dianalisa dengan HPLC dan mendapati bahawa sebatian aktif bagi FDD ialah naringin dan kuersetin manakala FDA mengandungi naringin dan rutin. Tikus Sprague-Dawley tidak hamil diaruhkan dengan dietilstilbestrol (0.2 mg/kg) untuk mencetus fasa estrus 24 jam sebelum ujikaji. Tanduk uterus diisolasi dan dipotong kepada 1.5 cm panjang. Strip uterus diuji dengan FDD, FDA (10-1280 μg/ml), oksitosin (0.02-0.64 μg/ml) dan prostaglandin F2α (4.7x10-9-0.47 μg/ml) secara berasingan dan nilai kontraksi dianalisis dengan menggunakan perisian sistem Powerlab (Ad Instrument). Kesan kombinasi FDD dan FDA bersama dengan oksitosin (0.08 μg/ml) dan prostaglandin F2α (0.47x10-4 μg/ml) turut ditentukan. Uterus turut diuji dengan atosiban (1 μg/ml), dipenhidramina (2 μg/ml), pentolamina (3 μg/ml), verapamil (2 μg/ml) dan indometasin (1 μg/ml) selama lima minit sebelum FDD dan FDA disuntik ke dalam mandian organ. Hasil menunjukkan FDD meningkatkan kontraksi uterus bersandar dos secara signifikan (p<0.05) berbanding sebelum rawatan. Manakala FDA menunjukkan peningkatan kontraksi uterus pada kepekatan yang rendah tetapi menghasilkan kesan perencatan pada kepekatan yang tinggi secara tidak signifikan. Kombinasi FDD dan FDA dengan oksitosin dan prostaglandin F2α tidak menunjukkan peningkatan kontraksi uterus secara signifikan. Terdapatnya perbezaan yang siginfikan (p<0.05) pada nilai IC50 FDD dengan dan tanpa kehadiran dipenhidramina, pentolamina, indometasin dan verapamil. Sementara itu, perbezaan yang signifikan (p<0.05) dapat diperhatikan pada nilai IC50 FDA dengan dan tanpa kehadiran atosiban, dipenhidramina, pentolamina dan indometasin. Kesimpulannya, FDD merangsang kontraksi uterus melalui pengaktifan reseptor histamina (H1), α- adrenergik dan sintesis prostaglandin F2α. Kuersetin pada FDD turut meningkatkan kemasukan ion kalsium ke dalam sel melalui pengaktifan terusan kalsium jenis L. FDA pula merangsang kontraksi uterus melalui pengaktifan reseptor oksitosin, histamina (H1), α-adrenergik dan sintesis prostaglandin F2α. Oleh itu, F. deltoidea berpotensi untuk bertindak sebagai agen uterotonik semulajadi dalam mempercepatkan proses bersalin dan menghalang pendarahan pos-partum.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 152 |
Call Number: | QW20.5.U51r 2016 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96671+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 263.83 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.