Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460442
Title: Kesan fraksi kaya tokotrienol minyak sawit terhadap sperma dan testis tikus diabetis aruhan streptozotocin
Authors: Daren Kumar a/l Joseph (P57450)
Supervisor: Jamaludin b Mohamed, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Diabetis melitus
antioksidan
sperma
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-May-2016
Description: Diabetis melitus mengaruh peningkatan aras radikal bebas yang membawa kepada kerosakan organ reproduktif lelaki. Suplementasi antioksidan dipercayai berupaya memberi perlindungan terhadap kerosakan testis dan sperma aruhan diabetis dan fraksi kaya tokotrienol (TRF) minyak sawit adalah antara antioksidan yang dicadangkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan suplementasi TRF terhadap kualiti sperma, tekanan oksidatif testis dan perubahan morfologi testis dan sperma pada tikus diabetis aruhan streptozotosin (STZ). Diabetis diaruh dengan STZ melalui suntikan intravena tunggal pada dos 45 mg/kg. Suplementasi TRF diberi setiap hari secara oral paksa selama 28 hari pada dos 200 mg/kg. Sebanyak 40 ekor tikus Sprague-Dawley dewasa jantan telah dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kawalan, kawalan+TRF, diabetis dan diabetis+TRF. Hasil kajian menunjukkan aras glukosa plasma untuk kumpulan diabetis+TRF adalah lebih rendah secara signifikan berbanding dengan kumpulan diabetis. Suplementasi TRF pada tikus teraruh diabetis berupaya menurunkan peratus ketaknormalan morfologi sperma dan mortaliti sperma berbanding kumpulan diabetis. Bagi tahap antioksidan, suplementasi TRF menurunkan aktiviti superoksida dismutas dan aras glutation pada kumpulan diabetis+TRF (p<0.05) dan meningkatkan keupayaan antioksidan penurun ferik berbanding kumpulan diabetis. Suplementasi TRF menurunkan penanda tekanan oksidatif iaitu aras produk oksidasi protein dan malondialdehid pada kumpulan diabetis+TRF berbanding kumpulan diabetis. Analisis histologi testis menunjukkan bahawa suplementasi TRF pada tikus diabetis melindungi tisu testis. Pemerhatian ultrastruktur sperma dibawah mikroskop elektron menunjukkan suplementasi TRF berupaya mencegah kerosakan sperma pada kumpulan diabetis+TRF berbanding kumpulan diabetis. Kesimpulannya, suplementasi TRF memberi kesan perlindungan pada testis dan sperma dalam keadaan diabetis dan kesan ini adalah melalui aktiviti antioksidan TRF.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 117
Call Number: WA20.5.D217k 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96670+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
598.12 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.