Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460441
Title: Keberkesanan program penurunan berat badan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan yang berlebihan berat badan
Authors: Roszanadia Rusali (P65944)
Supervisor: Zahara binti Abdul Manaf, Prof. Madya Dr.
Keywords: Obesiti
Berat badan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Aug-2016
Description: Obesiti dan berlebihan berat badan dalam kalangan pekerja boleh mengancam tahap kesihatan, kualiti hidup, kos perubatan dan produktiviti kerja. Oleh itu, program penurunan berat badan yang berkesan dalam kalangan pekerja perlu dikenal pasti. Tujuan kajian intervensi ini adalah untuk menentukan keberkesanan program penurunan berat badan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan yang berlebihan berat badan dan obes. Kajian kuasi eksperimen dijalankan selama empat bulan di tiga institusi kerajaan di Kuala Lumpur dan Selangor. Seramai 108 kakitangan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan bersemuka (n=38), kumpulan atas talian (n=31) dan kumpulan kawalan (n=39). Subjek kumpulan bersemuka diberikan ceramah kesihatan, aktiviti interaktif, demostrasi senaman dan masakan serta sesi kaunseling yang dikendalikan secara berkumpulan oleh pakar dalam bidang dietetik, fisioterapi, psikologi dan fisiologi sukan. Subjek bagi kumpulan atas talian menerima satu program penurunan berat badan atas talian yang memerlukan mereka melakukan pemantauan kendiri terhadap pengambilan diet dan aktiviti fizikal. Subjek bagi kumpulan kawalan, menerima buku kecil yang mengandungi maklumat amalan pemakanan dan gaya hidup sihat, motivasi dan aktiviti fizikal untuk mengurangkan berat badan. Penilaian berat badan, Indeks Jisim Tubuh (IJT), ukur lilit pinggang, peratus lemak badan, ujian biokimia, pengambilan makanan dan aspek psikososial dilakukan pada peringkat dasar dan 4 bulan selepas intervensi. Ujian berulang ANOVA menunjukkan terdapat kesan intervensi yang signifikan dalam parameter antropometri termasuk berat badan [∆x bersemuka = -5.80 kg, ∆x atas talian = -1.12 kg dan ∆x kawalan = -1.82 kg, p<0.01], IJT (p<0.01), ukur lilit pinggang (p<0.01), ujian biokimia seperti trigliserida (p<0.01), kolesterol-HDL (p<0.01), nisbah total kolesterol/kolesterol-HDL (p <0.01) dan pengambilan makanan termasuk tenaga [∆x bersemuka = -703 kcal, ∆x atas talian = -209 kcal & ∆x kawalan = -218 kcal, p<0.01], karbohidrat (p<0.01), lemak (p<0.01) dan protein (p <0.01). Selain itu, terdapat kesan masa yang signifikan ke atas aras glukosa darah berpuasa (p<0.01), penilaian efikasi kendiri terhadap pengambilan makanan (p<0.05), efikasi kendiri aktiviti fizikal (p<0.01) dan skor halangan senaman (p<0.01) selepas 4 bulan intervensi. Kesimpulannya, intervensi program penurunan berat secara bersemuka lebih berkesan dalam memperbaiki profil antropometri, trigliserida, kolesterol-HDL, nisbah total kolesterol/kolesterol-HDL, pengambilan makanan, efikasi kendiri terhadap pengambilan makanan dan aktiviti fizikal berbanding kumpulan atas talian dan kawalan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 211
Call Number: WA20.5.R841k 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_86094+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
251.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.