Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460440
Title: | Pereputan bangkai arnab dalam kubur cetek dengan jenis tutupan yang berbeza serta perubahan kandungan tanah melalui sem-eds. |
Authors: | Teo Chee Hau (P72289) |
Supervisor: | Hing Hiang Lian, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Proses pereputan Forensik Proses penguraian tisu Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Sep-2016 |
Description: | Pemahaman terhadap proses pereputan dalam kubur adalah penting bagi menentukan selang masa pasca kematian mangsa dalam penyiasatan forensik. Jenis tutupan yang berbeza mempunyai pengaruh yang berlainan terhadap proses pereputan dan perubahan pasca kematian pada mayat yang dikebumikan dalam kubur cetek. Proses penguraian tisu turut akan meninggalkan kesan kepada tanah di sekeliling kubur. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor jenis tutupan yang berbeza dalam pereputan bangkai arnab yang ditanam dalam kubur cetek serta perubahan sifat tanah yang berlaku. Kajian ini membahagikan 27 bangkai arnab (Oryctolagus cuniculus) secara rawak kepada kumpulan tidak berpakaian (X), berpakaian tebal (T) dan berbalut plastik (P) sebelum dikebumikan dalam kubur cetek pada kedalaman 30 cm. Sebanyak sembilan bangkai digunakan bagi setiap kumpulan dan dikeluarkan dari kubur cetek selepas tempoh masa seminggu sehingga sembilan minggu bagi penilaian tahap pereputan yang telah berlaku. Ujian kolerasi darjat separa menunjukkan hubung kait yang signifikan, r(27)=-0.386, p<0.05 antara penilaian Jumlah Skor Badan dengan jenis tutupan yang berbeza. Bagi analisis sifat tanah, ujian t pasangan menunjukkan bahawa nilai pH sampel tanah dalam kubur dan sampel permukaan tanah atas kubur telah meningkat dengan signifikan (p<0.05) bagi semua kumpulan selepas penguraian bangkai. Perubahan nilai peratusan kelembapan pada sampel tanah pula adalah tidak konsisten sepanjang kajian. Analisis mikroskop elektron imbasan– spektroskopi sinar-X serakan tenaga menunjukkan peningkatan peratusan karbon, nitrogen, natrium, fosforus, sulfur dan klorin yang signifikan (p<0.05) bagi keseluruhan sampel tanah dalam kubur selepas penguraian bangkai dalam ketiga-tiga kumpulan (kecuali unsur natrium dalam kumpulan T). Peratusan oksigen dan silikon juga berkurang dengan signifikan (p<0.01) bagi ketiga-tiga kumpulan. Peningkatan kalsium dan penurunan aluminium yang signifikan (p<0.05) hanya wujud dalam kumpulan P. Penurunan magnesium adalah tidak signifikan dalam ketiga-tiga kumpulan kajian. Perubahan peratusan kalium, ferum dan titanium pula adalah tidak konsisten sepanjang kajian. Sistem Jumlah Skor Badan didapati adalah sesuai bagi pemerhatian perubahan pasca kematian dan proses pereputan bangkai arnab walaupun dalam keadaan tutupan yang berbeza. Perubahan nilai pH dan peratusan unsur dalam tanah turut dapat digunakan sebagai petunjuk kepada kehadiran bangkai dalam kubur cetek.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 150 |
Call Number: | QW20.5.T314p 2016 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85570+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.