Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460438
Title: Pencirian endofit streptomyces sp. yang aktif terhadap staphylococcus aureus rintang metisilin (MRSA)
Authors: Siti Junaidah Ahmad (P55586)
Supervisor: Noraziah Binti Mohammad Zin, Prof.Madya Dr
Keywords: Endofit streptomyces sp.
Aktif
Staphylococcus aureus rintang metisilin (MRSA)
Issue Date: 17-Feb-2014
Description: Sebatian bioaktif daripada Streptomyces sp. endofit dipercayai menjadi sumber penghasilan antibiotik. Kajian ini memfokuskan kepada pencirian Streptomyces sp. dan kesan ekstraknya ke atas MRSA. Penyaringan aktiviti beberapa pencilan Streptomyces spp. dilakukan melalui Ujian Cakera Serapan serta perbandingan 2 kaedah iaitu sebaran piring (SPM) dan tuang piring (PPM). Identifikasi pencilan Streptomyces sp. dijalankan melalui pemerhatian morfologi, kaedah molekul 16S rRNA seterusnya analisa filogenetik. Penghasilan bioaktif ekstrak daripada pencilan tersebut dioptimumkan melalui pemilihan medium, tempoh masa fermentasi, aras pH dan kadar kelajuan penggoncang orbital. Ciri farmakodinamik ekstrak terhadap MRSA 43300 ditentukan melalui kajian masa kematian. Seterusnya, tindakan ekstrak pencilan tersebut terhadap MRSA dijalankan melalui Asai biokimia dan Mikroskop Elektron Transmisi. Ujian sitotoksiti ekstrak pencilan tersebut ke atas sel hepar Chang turut dilakukan. Sebanyak empat daripada sembilan pencilan Streptomyces spp. iaitu SUK 25, SUK 27, SUK 28 dan SUK 30 telah bertindak sebagai agen anti-MRSA di mana pencilan SUK 25 merupakan pencilan terbaik untuk bertindak sebagai agen tersebut. SPM merupakan teknik terbaik dalam Ujian Cakera Serapan berbanding PPM (p<0.05). Identifikasi molekul menunjukkan pencilan SUK 25 mempunyai persamaan 99.9% jujukan dengan Streptomyces omiyaensis NBRC 13449T. Pemerhatian morfologi juga menunjukkan persamaan morfologi keduanya di atas keempat-empat agar International Streptomyces Project. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan morfologi bagi kedua pencilan di atas agar darah, agar kanji dan agar sintetik. Suhu pertumbuhan, penggunaan sumber karbon dan sumber pemencilan adalah berbeza di mana pencilan SUK 25 dipencilkan daripada tisu dalaman akar Zingiber spectabile, manakala Streptomyces omiyanesis NBRC 13449T dipencilkan daripada tanah. Penghasilan sebatian metabolit sekunder oleh pencilan SUK 25 adalah secara optimum menggunakan medium Thronton selama 7 hari pengeraman, dengan pH 7 dan penggoncangan pada 140 rpm. Ciri farmakodinamik ekstrak pencilan SUK 25 adalah bakterostatik bergantung kepekatan. Tindakan ekstrak pencilan SUK 25 terhadap MRSA ATCC 43300 menyebabkan perubahan rupa bentuk sel seterusnya mengakibatkan perubahan pengambilan pewarnaan KV, Kristal Unggu pada dinding sel MRSA ATCC 43300, pelepasan bahan serapan UV dan protein disebabkan proses lisis sel tersebut. Ekstrak pencilan SUK 25 adalah tidak toksik pada sel hepar Chang dengan IC50 = 43.32 ± 1.24 μg/mL. Kesimpulannya, pencilan SUK 25 mempunyai persamaan jujukan yang tinggi dengan Streptomyces omiyaensis NBRC 13449T dan terbukti sebagai penghasil agen anti-MRSA.,Master
Pages: 123
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74321+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.