Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460437
Title: | Kajian kesedaran mengenai penyakit tibi dalam kalangan pekerja kilang Celestica di Johor Bahru, Johor Darul Takzim |
Authors: | Nur Hafiza binti Shamsuddin (P42062) |
Supervisor: | Hing Hian Lian, Dr . |
Keywords: | Tibi Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Dec-2008 |
Description: | Kajian Pendidikan Kesihatan ini adalah untuk menentukan kesedaran mengenai penyakit Tibi dalam kalangan pekerja kilang Celestica di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Kajian ini dijalankan secara intervensi pra dan pasca uji tanpa perbandingan ke atas pengetahuan, amalan dan sikap pekerja kilang terhadap penyakit Tibi. Seramai 71 orang responden telah dipilih sebagai subjek kajian dengan menggunakan kaedah 'Convenient Sampling'. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perubahan pengetahuan, sikap dan amalan responden terhadap penyakit Tibi. Intervensi Pendidikan Kesihatan seperti ceramah, perbincangan kumpulan, pengedaran risalah dan pameran dibuat untuk menyedarkan dan mengajar pekerja kilang terhadap kesedaran mengenai penyakit Tibi. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya perubahan yang signifikan bagi pengetahuan (p<0.001), bagi sikap (p<0.001) dan amalan yang menyumbang kepada tidak dijangkiti (p<0.001). Analisa ke atas sikap mendapati 28.2% responden telah berubah sikap dari negatif kepada positif terhadap persepsi kerentanan terhadap penyakit, persepsi keseriusan penyakit, persepsi halangan, persepsi faedah dan keyakinan diri. 43.7% respoden mempunyai amalan sikap yang baik selepas program intervensi pendidikan dijalankan. Namun secara keseluruhannya menunjukkan pencapaian adalah memuaskan. Peningkatan ini merupakan satu kejayaan dalam usaha meningkatkan amalan cara hidup sihat di pekerja kilang. Namun begitu, faktor masa mempengaruhi kajian ini kerana ia melibatkan aspek perubahan tingkah laku. Tingkah laku senang untuk diubah tetapi untuk mengekalkannya adalah sesuatu yang agak sukar. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dapat disusuli pada masa akan datang untuk memperbaiki atau memperolehi keputusan dari sudut yang berlainan. Oleh itu kumpulan sasar kajian perlu dipelbagaikan untuk mendapat keputusan yang boleh dilihat dari sudut berlainan yang boleh memberi impak yang mungkin lebih baik dari sekarang.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Pendidikan Kesihatan) |
Pages: | 102 |
Call Number: | WA590.N974k 2008 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85188+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 132.64 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.