Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460436
Title: Pencirian oencemar polisiklik aromatik hirokarbon (PAH) serta penilaian toksikologi in vitro ekstrak partikel dalam sampel udara di Lembah Klang
Authors: Anas Ahmad Jamhari (P53342)
Supervisor: Mazrura Sahani, Dr.
Keywords: Air pollution
Enironmental - Malaysia - case studies.
Issue Date: 14-Feb-2014
Description: Lembah Klang merupakan kawasan urbanisasi dengan kepadatan trafik yang tinggi di mana ianya membawa kepada peningkatan pencemaran atmosfera. Polisiklik aromatik hidrokarbon (PAH) dalam partikel PM10 adalah unsur yang wujud dengan ciri karsinogenik yang dibebaskan dari proses pembakaran terutamanya daripada ekzos kenderaan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepekatan PM10 dan PAH serta potensi sumber PAH dan menilai potensi ketoksikan ekstrak organik PM10 dalam sampel udara pada tiga lokasi berbeza iaitu Kuala Lumpur (KL, bandar), Petaling Jaya (PJ, industri) dan Bangi (BG, pinggir bandar). Persampelan udara dilakukan dalam empat monsun berbeza dengan menggunakan persampelan isipadu tinggi (HVS) pada kadar 1.13 m3 min-1 pada tempoh dari September 2010 sehingga April 2011. Kepekatan PM10 dan PAH masing-masing ditentukan dengan kaedah gravimetrik dan Gas Chromatography-Mass Spectra (GC-MS). Potensi sumber PAH ditentukan melalui analisis prinsip komponen dan nisbah diagnostik. Faktor kesetaraan ketoksikan (TEFs) ditentukan dan kesan mutagenik ekstrak organik PM10 pula ditentukan melalui ujian Ames dengan menggunakan bakteria Salmonella typhimurium TA98 dan TA100 dengan dan tanpa pengaktifan metabolik. Ujian sitotoksiti dijalankan dengan menggunakan ujian MTT (3-[4,5-dimethylthiazol-2-yl]-2,5-diphenyltetrazolium bromida) terhadap sel peparu tikus (V79). Hasil kajian mendapati purata kepekatan PM10 paling tinggi dicatatkan di KL pada monsun barat daya (51.52 ± 19.85 μg/m3) dan paling rendah dicatatkan di BG pada monsun peralihan April-Mei (20.23 ± 6.48 μg/m3). Jumlah kepekatan PAH paling tinggi dicatatkan di PJ pada monsun peralihan Okt-Nov (4.84 ± 5.48 ng/m3) dan paling rendah pada monsun barat daya di KL (1.33 ± 0.4 5ng/m3). Sebanyak 82% purata kepekatan PAH dari semua stesen terdiri daripada PAH bermolekul tinggi seperti benzo[b]fluoranthene, benzo[k]fluoranthene, benzo[a]pyrene, indeno[1,2,3-cd]pyrene, benzo[ghi]perylene dan potensi sumber menunjukkan pencemaran PAH ini berpunca daripada emisi kenderaan. Ujian Ames menunjukkan tiada aktiviti mutagenik pada bakteria S. typhimurium TA98 dan TA100 samada dengan ataupun tanpa pengaktifan metabolik. Ujian sitotoksisiti menunjukkan ekstrak partikel udara di KL, PJ dan BG mempunyai kesan sitotoksik terhadap sel V79 di mana nilai IC50 adalah masing-masing 18.05 ± 0.34 m3/mL, 16.65 ± 1.46 m3/mL and 16.85 ± 0.83 m3/mL. Kesimpulannya, kepekatan yang tinggi pada PAH bermolekul tinggi dan pengenalpastian sumber menunjukkan emisi kenderaan adalah sumber utama PAH. Ekstrak organik partikel udara pada semua lokasi persampelan menunjukkan kesan sitotoksisiti pada sel V79 dan tidak mutagenik pada ujian Ames.,Master / Sarjana
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85106+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.