Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460435
Title: Kaitan antara komposisi diet dan kekerapan pengambilan makanan dengan karies gigi dalam kalangan pesakit dewasa di klinik pergigian UKM kampus Kuala Lumpur
Authors: Saw Wen Shang (P55571)
Supervisor: Nik Shanita Safii, Dr.
Keywords: Diet
Karies gigi
Nutrition - dental caries - Malaysia.
Issue Date: 18-May-2013
Description: Diet merupakan komponen integral dalam penjagaan kesihatan mulut manakala karies gigi merupakan salah satu penyakit multi faktor yang biasa berlaku. Kajian hirisan lintang ini dijalankan untuk menentukan tabiat makan golongan dewasa dan mengaitkannya dengan kejadian karies gigi. Kajian ini turut mengkaji faktor biologi yang mungkin mempengaruhi kesan komposisi diet terhadap pembentukan karies gigi. Kajian ini dijalankan di Klinik Pergigian UKM yang mana responden direkrut semasa mereka mendaftar untuk pemeriksaan atau rawatan gigi melalui teknik persampelan mudah. Pengukuran antropometri termasuk tinggi dan berat serta indeks jisim tubuh (IJT) dikira. Komposisi diet dianggarkan dengan menemuduga responden melalui kaedah multiple-pass ingatan diet 24 jam manakala kekerapan pengambilan makanan bergula dinilai menggunakan soal selidik kekerapan pengambilan untuk gula yang telah divalidasi. Pemeriksaan gigi dijalankan oleh doktor pergigian berkelayakan dan pengalaman karies dilaporkan menggunakan indeks Decayed/Missing/Filled Teeth (DMFT). Sifat saliva responden diuji menggunakan Saliva Check Kit. Seramai 168 orang responden telah terlihat dan min IJT bagi responden ialah 25.6 ± 6.0kg/m². Manakala min pengambilan tenaga harian ialah 1531 ± 361 kcal dengan 50.9 ± 7.9% karbohidrat, 14.7 ± 3.0% protein dan 34.9 ± 6.5% lemak. Min bagi pengambilan gula tambahan harian ialah 43.7 ± 26.2g. Pengambilan gula cecair adalah lebih tinggi daripada gula pepejal dalam kalangan responden (p<0.05). Median skor DMFT bagi responden ialah 3.0 (8.0). Jumlah pengambilan gula tambahan dalam kalangan kumpulan tanpa pengalaman karies (35.2 ± 20.6g/hari) adalah rendah secara signifikan (p<0.001) berbanding responden dengan pengalaman karies (45.9 ± 27.1g/hari). Pengambilan gula yang lebih tinggi daripada minuman berkarbonat dilaporkan dalam kalangan responden dengan karies gigi (4.3 ± 6.6g/hari) berbanding dengan responden tanpa karies gigi (2.4 ± 4.5g/day) (p<0.05). Korelasi positif dan signifikan dilaporkan antara pengambilan gula cecair dengan dental karies dalam kalangan responden (r=0.156, p<0.05). Kekerapan pengambilan kuih komersial dan tempatan berkorelasi secara positif dengan pengalaman karies gigi (r=0.194, p<0.05). Hubungan yang positif juga dapat dilihat di antara kekerapan pengambilan jem dan pencuci mulut dengan pengalaman karies gigi (r=0.222, p<0.01). Kesimpulannya, karies gigi berkaitan dengan komposisi diet terutama gula cecair dan kekerapan pengambilan sesetengah makanan bergula. Pengawalan pengambilan gula dalam makanan dan minuman masih merupakan justifikasi dalam pencegahan karies gigi. Dengan data rintis ini, kajian seterusnya yang lebih menyeluruh di Malaysia akan dapat memberi gambaran lebih jelas tentang pemakanan dengan karies gigi.,Master / Sarjana
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85105+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.