Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460423
Title: Pembentukan model pemakanan seimbang dengan kos minima menggunakan pemprograman linear dan pembangunan aplikasi menu C-HAT© serta tahap penerimaannya dalam kalangan wanita berpendapatan rendah
Authors: Nurul Izza Ahmad Zaidi (P63281)
Supervisor: Roslee Rajikan, Prof. Madya Dr.
Keywords: Model Pemakanan Seimbang
Diet
Wanita
Kos
Harga makanan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 17-Jan-2017
Description: Harga makanan merupakan salah satu faktor utama yang menentukan kebolehupayaan kumpulan berpendapatan rendah untuk mendapatkan diet yang sihat dan seterusnya mencapai garis panduan pemakanan yang telah ditetapkan. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan pelan pemakanan yang sihat dan seimbang pada kos yang minima untuk dewasa berpendapatan rendah berasaskan Garis Panduan Diet Malaysia (MDG) 2010 dan Saranan Pengambilan Pemakanan (RNI) 2005 menggunakan kaedah Pemprograman Linear serta menilai penerimaannya dalam kalangan individu berpendapatan rendah. Satu kajian hirisan lintang dijalankan dalam kalangan 410 orang ibu berpendapatan rendah di Pasir Gudang, Kuala Kedah, Kuala Lumpur dan Jeli yang berumur antara 19 hingga 59 tahun. Kajian ini melibatkan empat fasa. Pada fasa pertama, profil sosiodemografik dan status pemakanan subjek serta senarai harga makanan diperolehi. Pada fasa kedua, analisis Pemprograman Linear digunakan untuk membentuk model diet seimbang pada kos yang minimum bagi memenuhi saranan pemakanan serta faktor keserasian pemilihan makanan. Fasa ketiga pula melibatkan pembangunan menu sihat berdasarkan model diet optima yang dianggarkan oleh Pemprograman Linear. Pada fasa terakhir, aplikasi telefon pintar dibangunkan sebagai saluran informasi pemakanan terutamanya dalam memberi cadangan makanan sihat pada kos minimum. Seterusnya, penerimaan aplikasi tersebut dinilai dalam kalangan dewasa berpendapatan rendah. Data diet menunjukkan purata pengambilan tenaga subjek kajian adalah 1852±277 kkal sehari. Pengambilan mikronutrien seperti kalsium (471.77±221.11 mg), tiamin (0.93±0.64 mg), serta fiber (5.46±4.20 g), adalah tidak mencapai saranan RNI 2005, manakala natrium (2883.81±4.2 mg), adalah melebihi saranan yang dikehendaki. Kualiti diet subjek juga berada pada kategori tidak baik dengan skor Indeks Pemakanan Sihat adalah 50.0. Seramai 66.6% daripada jumlah subjek kajian berada pada tahap ketakjaminan dapatan makanan. Analisis Pemprograman Linear memperuntukkan purata kos minimum untuk mencapai diet seimbang yang terhasil adalah RM5.03±0.53 bagi keperluan 1500 kkal, RM5.23±0.41 bagi 1800 kkal dan RM5.68±0.48 bagi 2000 kkal per individu sehari. Seramai 90% daripada subjek terpilih bersetuju dan menerima aplikasi Menu C-HAT© sebagai saluran maklumat pemakanan yang terbaik kepada kumpulan berpendapatan rendah. Kesimpulannya, pembangunan diet yang sihat dan seimbang pada kos minimum dapat membantu menyelesaikan permasalahan diet yang dihadapi oleh kumpulan berpendapatan rendah apabila harga makanan merupakan salah satu halangan utama.,Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik)
Pages: 250
Call Number: WB400.N97455p 2017 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84764+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.