Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460418
Title: Pengaruh status pemakanan, aktiviti fizikal dan penghargaan kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Nurul Diana Aminudin (P54192)
Supervisor: Ruzita Abd. Talib, Prof. Dr.
Keywords: Status pemakanan
Fizikal Aktiviti
Pencapaian akademik
Dissertations
Academic - Malaysia
Issue Date: 22-Mar-2016
Description: Gaya hidup sedentari boleh menjejaskan perhatian dan ingatan terhadap pembelajaran yang memberi kesan kepada tingkah laku dan pencapaian akademik pelajar. Satu kajian hirisan lintang telah dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara status pemakanan, tahap aktiviti fizikal dan penghargaan kendiri terhadap pencapaian akademik (PNGK). Prevalens lebih berat badan dan obesiti dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia turut ditentukan. Kajian ini melibatkan 425 orang pelajar, daripada tahun pertama hingga akhir, terdiri daripada 113 orang lelaki dan 312 orang perempuan. Pengumpulan data meliputi penilaian status pemakanan yang merangkumi berat badan, ketinggian dan ukur lilit pinggang. Rekod diet tiga hari dicatatkan bagi menilai pengambilan nutrien berdasarkan makanan harian. Tahap aktiviti fizikal ditentukan menggunakan International Physical Activity Questionnaire manakala skala Rosenberg digunakan untuk menilai skor penghargaan kendiri. Hasil kajian ini menunjukkan prevalens lebih berat badan dan obesiti dalam kalangan pelajar lelaki adalah 8.0% dan 9.7%. Pelajar perempuan pula menunjukkan prevalens lebih berat badan dan obesiti masing-masing 9.0% dan 5.1%. Sebanyak 10.8% daripada pelajar lelaki dan 6.8% daripada pelajar perempuan mempunyai masalah obesiti abdominal berdasarkan pengukuran ukur lilit pinggang. Pelajar lelaki melaporkan pengambilan jumlah tenaga (kcal), lemak, karbohidrat, kalsium, ferum dan vitamin A yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan (p<0.001). Sebanyak 33.0% pelajar lelaki tergolong dalam kategori aktiviti fizikal sederhana dan 51.8% lagi dalam aktiviti fizikal tinggi. Sebaliknya, 44.3% pelajar perempuan adalah sederhana aktif dan 39.5% yang lain pula sangat aktif. Purata skor penghargaan kendiri pula adalah lebih tinggi di kalangan pelajar dengan PNGK ≥ 3.0 (19.19±3.71) berbanding pelajar yang tidak mencapai PNGK 3.0 (18.08±3.39, p<0.01). Korelasi positif dikenalpasti antara penghargaan kendiri dengan PNGK (r=0.24, p<0.01) dan tahap aktiviti fizikal (r=0.11, p<0.01), manakala tiada hubungan signifikan didapati antara status indeks jisim tubuh dengan PNGK (r=0.03, p=0.60). Penghargaan kendiri (R2=0.074) didapati mempunyai kesan langsung terhadap nilai PNGK. Berdasarkan model persamaan struktur yang dibentuk, Indeks Jisim Tubuh, aktiviti fizikal dan penghargaan kendiri menyumbang sebanyak 7% kepada variasi PNGK subjek kajian. Kesimpulannya, penghargaan kendiri dan tahap aktiviti fizikal merupakan faktor boleh ubah yang berkait secara langsung dengan pencapaian akademik pelajar universiti. Justeru penganjuran program yang dapat meningkatkan penghargaan kendiri, disiplin dan kebolehan mengurus masa, terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal adalah digalakkan bagi meningkatkan pencapaian akademik yang cemerlang.,Ijazah Sarjana Sains (Pemakanan)
Pages: 160
Call Number: WA20.5.N974p 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84754+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
478.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.