Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460417
Title: Kesan Garcinia Atroviridis Griff ex T. Anders terhadap tekanan oksidatif dan fungsi vaskular pada tikus yang diberi diet tinggi kolesterol
Authors: Sheril June Ankasha Mohamed Rusli (P64634)
Supervisor: Satirah Zainalabidin, Dr.
Keywords: Garcinia atroviridis
Asid hidroksisitrik (HCA)
Kolesterol
Flavonoid
Antioksidan
Hipolipidemik
Anti-obesiti
Antiaterogenik
Anti-inflamasi
Antihipertensif
Antihiperlipidemik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jan-2015
Description: Buah Garcinia atroviridis Griff ex T. Anders yang juga dikenali sebagai asam gelugur mengandungi pelbagai sebatian bioaktif seperti asid hidroksisitrik (HCA), flavonoid dan asid buah lain yang mampu bertindak sebagai antioksidan dan hipolipidemik. Kajian terdahulu telah membuktikan G. atroviridis mampu memberi kesan anti-obesiti dan antiaterogenik. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini masih lagi tiada kajian mengenai kesan G. atroviridis terhadap sistem kardiovaskular dan hubungannya dengan profil lipid, inflamasi dan status oksidatif. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan suplementasi ekstrak metanol G. atroviridis terhadap tekanan darah, reaktiviti vaskular, profil lipid, penanda inflamasi dan tekanan oksidatif pada tikus yang diberi 2% diet tinggi kolesterol (HCD). Tikus Sprague- Dawley (200-230 g) dibahagikan secara rawak kepada 3 kumpulan: Kawalan, HCD dan HCD + 100 mg/kg G. atroviridis (HCD + G.a) (secara paksaan oral, 60 hari). Data dianalisis dengan menggunakan ANOVA satu-hala dan p<0.05 dianggap sebagai signifikan. Aktiviti antioksidan pada ekstrak metanol G. atroviridis ditentukan dengan menggunakan ujian penurunan ferrik/ kekuatan antioksidan (FRAP), aktiviti perangkap radikal 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH) dan kandungan jumlah fenolik (TPC). Seperti yang dijangka, keputusan menunjukkan ekstrak mengandungi antioksidan semulajadi. Tekanan darah sistolik HCD + G.a menjadi rendah secara signifikan (p<0.05) (94.11 ± 2.54 mmHg) berbanding HCD (114.01 ± 2.01 mmHg), menunjukkan kesan antihipertensi. Reaktiviti aorta HCD + G.a yang diaruh oleh vasokonstriktor fenilefrin dan vasodilator bergantung-endotelium asetilkolin tidak berubah secara signifikan berbanding tikus kawalan, menunjukkan G. atroviridis bukan satu vasodilator secara langsung. Selain itu, LDL plasma (30.57 ± 5.44 mg/dL) didapati rendah secara signifikan (p<0.05) dan aras HDL plasma (22.83 ± 0.6 mg/dL) didapati tinggi secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan HCD + G.a membuktikan kesan antihiperlipidemik. Peningkatan secara signifikan (p<0.05) bagi protein jumlah (62.2 ± 2.84 mg/mL), SOD (9.89 ± 0.72 U min-1/mg protein) dan GSH (8.47 ± 0.2 umol/mg protein) plasma dan penurunan signifikan (p<0.05) bagi MDA (1.94 ± 0.59 nmol/mg protein) pada kumpulan HCD + G.a pula membuktikan kesannya sebagai antioksidan. Ujian molekul perlekatan pula menunjukkan aras VCAM-1 (0.97 ± 0.12 ng/mL) dan ICAM-1 (5.37 ± 0.18 ng/mL) bagi kumpulan HCD + G.a adalah rendah secara signifikan (p<0.05), membuktikan kesan anti-inflamasi. Kesimpulannya, ekstrak metanol G. atroviridis 100 mg/kg didapati mampu untuk memberi kesan perlindungan melalui kesan potensinya sebagai antihipertensif, antihiperlipidemik, anti-inflamasi dan antioksidan pada tikus diberi 2% kolesterol.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 132
Call Number: QZ180.S552k 2015 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84752+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
299.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.