Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460415
Title: Kesan ekstrak kaya polifenol rosel(hibiscus sabdariffa Linn.) terhadap fungsi jantung terpisah sediaan Langendorff
Authors: Lim Yi Cheng (P72735)
Supervisor: Satirah Zainalabidin, Dr.
Keywords: Kaliks rosel
Hibiscus sabdariffa Linn.
Polifenol
Antosianin
Antioksidan
Anti-angina
Dissertations
Academic - Malaysia
Issue Date: 1-Apr-2016
Description: Kaliks rosel (Hibiscus sabdariffa Linn.) adalah kaya dengan polifenol seperti antosianin, asid protokatekuik dan asid hibiskus. Rosel memberi kesan vaskular seperti antihipertensi dan vasodilatori. Walau bagaimanapun, kesan tindakan polifenol rosel ke atas fungsi jantung masih belum difahami sepenuhnya. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak kaya polifenol H. sabdariffa (HPE) terhadap fungsi jantung pada jantung tikus sediaan Langendorff. Profil fenolik pada HPE dijalankan dengan mengunakan HPLC-MS-ToF. Kemudian kajian ini dijalankan untuk menentukan dos HPE yang selamat dan memberikan kesan inotropik dan kronotropik, serta mengkaji peranan HPE pada terusan kawalatur kalsium. Tikus jantan Sprague-Dawley dibius dengan jantungnya yang masih berdenyut diasingkan dan dikanulasi pada alat Langendorff. Jantung tikus diperfusi secara retrograd menggunakan penimbal Krebs-Henseleit dengan mod aliran malar (10 ml/min). Efluks koronari dikumpulkan selepas perfusi HPE pada kepekatan yang meningkat (125, 250, 500, 1000 dan 2000 μg/ml) pada sela masa 10 minit untuk pengukuran aras penanda kecederaan jantung. Seterusnya, mekanisme inotropik HPE melalui pelbagai terusan kawalatur kalsium telah dikaji. Analisis kromatografi telah mengenalpasti 57 fenolik dalam HPE, berdasarkan data HPLC-MS-TOF yang sepadan dengan kajian kepustakaan. HPE mengandungi jumlah kandungan fenolik 68.93 ± 4.23 mg GAE/g ekstrak dengan potensi sebagai antioksidan seperti yang ditunjukkan oleh asai penurunan ferrik/ kekuatan antioksidan (FRAP) dan aktiviti perangkap radikal DPPH. Julat dos selamat HPE telah didapati berada di antara 125~500 μg/ml berdasarkan aras laktat dehidrogenase (LDH) dan troponin-T jantung (cTn-T) pada efluks jantung. Perfusi HPE pada semua kepekatan mampu menurunkan tekanan terbentuk ventrikel kiri (LVDP), terbitan tekanan maksimum (+dP/dt), kadar denyut jantung dan beban jantung (RPP) serta meningkatkan terbitan tekanan minimum (-dP/dt) dan tekanan akhir diastol. HPE juga meningkatkan tekanan perfusi koronari. Hasil kajian dengan agonis saluran Ca2+ jenis-L (±)-Bay K 8644 (17.3 nM), reseptor ryanodine 4-Chlorom- cresol (1 μM), reseptor adrenergik- isoproterenol (1 nM) dan penyekat SERCA thapsigargin (1 μM) menunjukkan HPE telah memansuhkan kesan inotropik oleh agen farmakologi ini. Kesimpulannya, perfusi HPE memberi respon inotropik negatif, kronotropik negatif dan lusitropik positif pada jantung tikus melalui modulasi terusan kawalatur kalsium. Ciri-ciri seperti ini amat berpotensi untuk membangunkan farmaseutikal baru seperti anti-angina.,Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
Pages: 120
Call Number: QU20.L732k 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84567+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.