Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460413
Title: Kajian amalan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dalam kalangan jururawat Hospital Kuala Krai Kelantan
Authors: Azlina Binti Abdul Aziz (P42077)
Supervisor: Hawa Binti Ismail, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Payudara
Convenient Sampling
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Dec-2008
Description: Kajian Pendidikan Kesihatan ini adalah untuk menentukan amalan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) dalam kalangan jururawat Hospital Kuala Krai, Kelantan. Kajian ini dijalankan secara intervensi pra dan pasca uji tanpa perbandingan ke atas pengetahuan, amalan dan sikap jururawat terhadap PSP. Seramai 43 orang responden telah dipilih sebagai subjek kajian dengan menggunakan kaedah 'Convenient Sampling'. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perubahan pengetahuan, amalan dan sikap responden terhadap amalan PSP. Intervensi Pendidikan Kesihatan seperti ceramah, demontrasi PSP dan pameran dibuat untuk menyedarkan dan mengajar jururawat teknik yang betul dalam menjalankan PSP. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya perubahan yang signifikan bagi pengetahuan (p<0.001). Namun, analisa terhadap amalan pula menunjukkan tidak terdapat perubahan yang signifikan terhadap amalan PSP yang betul (p>0.05). Analisa ke atas sikap mendapati 100% responden telah berubah sikap dari negatif kepada positif terhadap persepsi kerentanan, persepsi halangan dan persepsi faedah. Hasilnya menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara aspek sosio-demografik responden dengan tingkah laku PSP iaitu p>0.05. Namun secara keseluruhannya menunjukkan pencapaian adalah memuaskan. Peningkatan ini merupakan satu kejayaan dalam usaha meningkatkan amalan cara hidup sihat di kalangan wanita. Namun begitu, faktor masa mempengaruhi kajian ini kerana ia melibatkan aspek perubahan tingkah laku. Tingkah laku senang untuk diubah tetapi untuk mengekalkannya adalah sesuatu yang agak sukar. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dapat disusuli pada masa akan datang untuk memperbaiki atau memperolehi keputusan dari sudut yang berlainan. Oleh itu kumpulan sasar kajian perlu dipelbagaikan untuk mendapat keputusan yang boleh dilihat dari sudut berlainan yang boleh memberi impak yang mungkin lebih baik dari sekarang.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 142
Call Number: WA590.A995k 2008 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84544+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
310.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.