Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460408
Title: | Pengimejan payudara menggunakan tomografi impedans elektrik, mamografi dan ultrabunyi |
Authors: | Norhayati binti Mohd Zain (P61337) |
Supervisor: | Kanaga Kumari Chelliah, Prof. Madya (K) |
Keywords: | Kanser payudara Mamografi Tomografi Impedans Elektrik (EIT) Ultrabunyi Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Oct-2014 |
Description: | Risiko mendapat kanser payudara di kalangan wanita di Malaysia adalah kira-kira satu dalam dua puluh dalam hidup mereka. Terdapat keperluan untuk pengesanan awal dan standard piawai untuk penyaringan adalah mamografi. Walau bagaimanapun, ia menggunakan sinaran mengion serta menyebabkan kesakitan kerana mampatan yang menjadi faktor yang tidak menggalakkan wanita untuk melakukan pemeriksaan. Tomografi Impedans Elektrik (EIT) adalah modaliti baru yang masih belum digunakan dalam klinikal, tidak menggunakan radiasi dan mudah alih untuk dibawa ke kawasan pedalaman Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengesahkan interpretasi EIT dengan mamografi dan ultrabunyi. Subjek (n=150) kesemuanya melebihi 40 tahun dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Wanita yang menyusukan bayi mereka dan telah menjalani pembedahan payudara dikecualikan. Semua subjek menjalani mamografi dan pemeriksaan ultrabunyi bersama-sama dengan pemeriksaan EIT. Empat pakar radiologi bebas daripada dua pusat yang berbeza dipilih untuk melakukan interpretasi mamografi dan imej EIT. Nilai persetujuan Kappa antara penilai untuk mamografi dan EIT adalah k = 0.7 dan k = 0.5 masing-masing manakala persetujuan intra-penilai untuk mamografi dan EIT adalah k ≥ 0.7. EIT menunjukkan 64.4% sensitiviti, 70.1% spesifisiti, 67.1% positif dan 67.5% nilai ramalan negatif dengan mamografi. Terdapat peningkatan dalam spesifisiti dan nilai ramalan positif kepada 76.3% dan 80%, masing-masing dengan gabungan interpretasi mamografi dan ultrabunyi. Keputusan biopsi menunjukkan 90% (n=10) positif benar kanser dan 76.9% (n=13) benigna dengan EIT. Nilai purata konduktiviti elektrik wanita di Malaysia menunjukkan perbezaan yang ketara dengan menggunakan ujian-t (p<0.05), di samping terdapat perbezaan yang ketara antara pelbagai kumpulan umur di kalangan wanita Malaysia (p=0.235). Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat hubungan antara nilai purata konduktiviti elektrik dan interpretasi imej visual EIT (p<0.05). Kesimpulannya, EIT mempunyai potensi untuk digunakan sebagai alat penyaringan tambahan untuk pengimejan payudara, bagaimanapun mamografi dan ultrabunyi perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis sebagaimana sensitiviti (64.4%) dan spesifisiti (70.1%) adalah rendah.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 100 |
Call Number: | WP815.N8250p 2014 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83931+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 210.77 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.