Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460407
Title: | Kesan fraksi kaya polisakarida morinda citrifolia (mengkudu) terhadap kecederaan hepar aruhan parasetamol. |
Authors: | Nurdalila binti Zailan (P58575) |
Supervisor: | Siti Balkis Binti Budin, Professor Dr. |
Keywords: | Hepar Metabolisme xenobiotik Morinda citrifolia Mengkudu Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Sep-2014 |
Description: | Hepar merupakan organ utama dalam metabolisme xenobiotik. Oleh itu, hepar menjadi organ sasaran ketoksikan dadah dan kerosakan tekanan oksidatif melalui pengumpulan metabolit aktif dan aktiviti radikal bebas. Morinda citrifolia (mengkudu) didapati boleh mengurangkan tekanan oksidatif dalam pelbagai keadaan patologi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi fraksi kaya polisakarida (PS) Morinda citrifolia sebagai agen perlindungan kecederaan hepar berdasarkan penilaian ujian fungsi hepar, status tekanan oksidatif dan perubahan morfologi hepar. Tikus jantan dewasa jenis Sprague-Dawley dibahagikan secara rawak kepada enam kumpulan iaitu kawalan, PS M. citrifolia 400 mg/kg (PS400), PCM, PS M. citrifolia (200 mg/kg) + PCM (PS200+PCM), PS M. citrifolia (400 mg/kg) + PCM (PS400+PCM) dan silimarin (200 mg/kg) + PCM. Suplementasi diberikan selama tujuh hari berturut-turut secara paksaan oral dan selepas satu jam pemberian suplementasi terakhir, aruhan kecederaan hepar dilakukan dengan memberikan dos tunggal PCM (2 g/kg) secara paksaan oral. Selepas 48 jam, semua tikus dikorbankan untuk mendapatkan plasma dan tisu hepar. Hasil kajian mendapati PS M. citrifolia mengurangkan kecederaan hepar yang ditunjukkan dengan aras alanin aminotransferase (ALT), aspartat aminotransferase (AST), dan bilirubin jumlah plasma yang lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan PS200+PCM dan PS400+PCM berbanding dengan kumpulan PCM. Namun begitu suplementasi PS M. citrifolia dan PCM mempengaruhi aras γ-glutamyl transferase (GGT) plasma. Suplementasi PS M. citrifolia juga mengurangkan kerosakan oksidatif dengan kandungan malondialdehid (MDA) dan protein karbonil hepar yang lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan PS400+PCM berbanding dengan kumpulan PCM. Selain itu, PS M. citrifolia juga memperbaiki status antioksidan dengan meningkatkan kandungan glutation (GSH); dan aktiviti katalase (CAT), glutation peroksidase (GPx) dan superoksida dismutase (SOD) tisu hepar pada kedua–dua kumpulan rawatan PS M. citrifolia secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan kumpulan PCM. Aktiviti CYP2E1 mikrosom hepar dalam kumpulan PS200+PCM dan PS400+PCM menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) berbanding dengan kumpulan PCM dan ini menunjukkan PS M. citrifolia tidak mempengaruhi metabolisme PCM. Pemerhatian histologi pula mendapati kedua-dua kumpulan rawatan PS M. citrifolia mencegah kerosakan morfologi sel hepar aruhan PCM. Analisa komposisi monosakarida menggunakan HPLC menunjukkan PS M. citrifolia mengandungi asid galakturonik (33.5%), arabinosa (22%), galaktosa (15.2%), xilosa (5.2%), ramnosa (2.9%), manosa (0.6%), glukosa (0.7%) dan lain-lain gula termasuklah protein arabinogalaktan (19.9%). Hasil kajian ini menunjukkan PS M. citrifolia mempunyai potensi untuk melindungi daripada kecederaan hepar aruhan PCM.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 169 |
Call Number: | WI100.N9741k 2014 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83930+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 819.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.