Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460406
Title: | Status pengambilan asid dokosaheksnaoik dan hubungannya dengan pencapaian akademik tingkah laku dan kelajuan reaksi tangan dalam kalangan pelajar Melayu tahun enam di Kuala Langat, Selangor. |
Authors: | Nurhidayah binti Mokhtar (P62761) |
Supervisor: | Zahara Abdul Manaf, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Asid Dokosaheksanoik (DHA) Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Nov-2015 |
Description: | Asid Dokosaheksanoik (DHA) memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif terutama dalam kalangan kanak-kanak. Namun, status pengambilan DHA dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dan hubungannya dengan pencapaian akademik, tingkah laku dan kelajuan reaksi tangan masih belum diketahui sepenuhnya, menjadikan kajian ini penting untuk dilakukan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan status pengambilan DHA dalam kalangan pelajar Melayu tahun enam di daerah Kuala Langat, Selangor dan melihat hubungannya dengan pencapaian akademik, tingkah laku dan kelajuan reaksi tangan. Fasa pertama kajian melibatkan proses kesahan borang soal selidik (FFQ) DHA ke atas 30 orang kanak-kanak berumur 12 tahun. Soal selidik kekerapan makanan (FFQ) DHA mengandungi 30 jenis makanan dan kesahihannya dibandingkan dengan Rekod Makanan 3 Hari (RD). Ujian statistik menunjukkan terdapat persetujuan yang tinggi antara kedua-dua kaedah FFQ dan RD (p>0.05). Fasa kedua kajian berbentuk keratan rentas yang melibatkan 217 orang pelajar tahun enam (lelaki=93; perempuan=124) daripada enam buah sekolah di daerah Kuala Langat yang dipilih secara persampelan mudah. Status pengambilan DHA subjek dinilai melalui FFQ DHA yang sudah disahkan sebelumnya. Sementara itu, pencapaian akademik subjek dinilai melalui purata markah peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang merangkumi lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (kefahaman), Bahasa Melayu (penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Manakala, tingkah laku subjek dinilai dari borang soal selidik Child Behavior Checklist (CBCL) dan ujian kelajuan reaksi tangan juga dilakukan menggunakan alat pengukur kelajuan reaksi tangan. Hasil kajian mendapati purata pengambilan DHA subjek adalah rendah iaitu 0.99 ± 0.65 9 gram/hari berbanding saranan iaitu 1.2 gram/hari di mana seramai 145 orang (66.8%) subjek mengambil DHA di bawah saranan (p<0.01). Tiada hubungan yang signifikan antara status pengambilan DHA dengan pencapaian akademik subjek dan kelajuan reaksi tangan. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengambilan DHA mengikut kategori masalah tingkah laku dalam kalangan subjek lelaki iaitu masalah tingkah laku dalaman (p<0.05), masalah tingkah laku luaran (p<0.01) dan masalah tingkah laku total (p<0.01). Pekali penentu pencapaian akademik subjek (R2=0.206) adalah lokasi kajian (β=-5.44, p<0.01), tahap pendidikan ibu (β=8.16, p<0.01), kehadiran ke kelas tuisyen dan masalah tingkah laku dalaman. Reaksi kelajuan tangan berbeza secara signifikan mengikut jantina (p<0.01) dan lokasi kajian (p<0.01). Kesimpulannya, pengambilan DHA subjek kajian adalah tidak mencukupi dan status pengambilannya berhubungkait dengan masalah tingkah laku terutamanya pelajar lelaki. Strategi untuk meningkatkan pengambilan DHA dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan, terutamanya untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik) |
Pages: | 161 |
Call Number: | WL102.N974s 2015 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83929+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 340.85 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.