Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460401
Title: | Halangan dan peringkat perubahan terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan lelaki dewasa Malaysia di Lembah Klang |
Authors: | Suraya Ibrahim (P53325) |
Supervisor: | Norimah A., Profesor Dr. |
Keywords: | Lelaki Aktiviti fizikal Psikologi Dissertations Academic - Malaysia |
Issue Date: | 6-Jul-2015 |
Description: | Penentuan halangan terhadap aktiviti fizikal dan faktor-faktor yang mempengaruhinya adalah penting dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi lebih aktif. Kajian hirisan lintang ini dijalankan untuk menentukan hubungan antara halangan dalam melakukan aktiviti fizikal dengan faktor sosiodemografi, peringkat perubahan, komposisi tubuh dan tahap aktiviti fizikal lelaki dewasa dalam Lembah Klang. Kajian ini melibatkan kajian kuantitatif (Fasa I) dan kajian kualitatif (Fasa II). Seramai 224 lelaki Melayu dan 232 lelaki Cina berumur antara 20 hingga 59 tahun telah menyertai kajian ini. Pengumpulan data dilakukan menggunakan borang soal selidik iaitu maklumat sosiodemografi, Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (IPAQ), soal selidik halangan aktiviti fizikal dan soal selidik peringkat perubahan aktiviti fizikal. Perbincangan kumpulan berfokus (Fasa II) dijalankan bagi mendapatkan data kualitatif halangan aktiviti fizikal. Berat, ketinggian, Indeks Jisim Tubuh (IJT), ukurlilit pinggang dan peratus lemak tubuh diukur. Ketumpatan tulang turut diukur menggunakan CM-200 Sonometer. Min umur subjek ialah 40.7 ± 12.2 tahun. Majoriti subjek telah berkahwin (70.6%), 51.1% mempunyai tahap pendidikan di peringkat menengah dan 41.7% mempunyai pendapatan isi rumah sederhana. Min IJT, ukurlilit pinggang dan peratus lemak tubuh adalah masingmasing 24.9 ± 3.9 kg/m2, 88.8 ± 9.8 cm dan 22.7 ± 5.8%. Sebanyak 34.9% subjek mempunyai berat badan berlebihan dan 11.4% obes. Min calcaneal SOS subjek ialah 1522.5 ± 26.6 m/s, menunjukkan ketumpatan tulang yang normal. Majoriti subjek (44.1%) mempunyai tahap aktiviti fizikal sederhana. Halangan persekitaran fizikal (2.37 ± 0.74), persekitaran sosial (2.27 ± 0.72) serta personal dan psikologi (2.18 ± 0.58) memberi kesan yang sama kepada penglibatan dalam aktiviti fizikal. Persepsi bahawa aktiviti rekreasi bersama keluarga dan rakan lebih menyeronokkan berbanding aktiviti fizikal adalah halangan yang paling kerap dilaporkan (38.0%). Halangan utama lain termasuk cuaca buruk (34.5%) dan kekurangan disiplin (30.5%), Tahap pendidikan (β=-0.186, p<0.001) dan ukurlilit pinggang (β=0.164, p<0.01) adalah penentu yang signifikan halangan aktiviti fizikal keseluruhan. Dari segi peringkat perubahan aktiviti fizikal, seramai 44.1% subjek masih belum bersedia untuk melakukan perubahan dalam aktiviti fizikal (kumpulan tidak aktif) manakala 55.9% telah menjadi aktif (kumpulan aktif). Status pekerjaan (B=-0.61, p=0.043), pendapatan keluarga (B=-0.57, p=0.029) dan tahap aktiviti fizikal (B=2.29, p<0.001) mempengaruhi peringkat perubahan. Hasil daripada kumpulan perbincangan berfokus mendapati halangan yang dipersetujui oleh semua subjek ialah ketiadaan kemudahan untuk melakukan aktiviti fizikal di sekitar kawasan kediaman. Kesimpulannya, status sosioekonomi iaitu status pekerjaan, tahap pendidikan dan pendapatan bulanan mempunyai hubungan signifikan dengan halangan dan peringkat perubahan aktiviti fizikal. Bagi meningkatkan penglibatan dalam aktiviti fizikal, penggubal polisi perlu mengambil kira halangan personal, persekitaran sosial dan fizikal serta faktor psikologi apabila membentuk program intervensi yang sesuai untuk menggalakkan aktiviti fizikal.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 199 |
Call Number: | 9 Tesis cd WB541.S961h 2015 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83806+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 885.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.