Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460393
Title: Impak perlaksanaan permainan tradisional dalam kelas Pendidikan Jasmani terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan remaja
Authors: Arif Azlan (P91912)
Supervisor: Ruzita Abd Talib, Prof. Dr.
Keywords: Sedentary Behavior
Physical Education and Training
Exercise
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Sep-2022
Description: Prevalen kurang melakukan aktiviti fizikal dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan yang berterusan bukan sahaja di dunia malahan di Malaysia. Walaupun mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) telah lama dilaksanakan di sekolah, namun masalah tingkah laku kurang aktif semakin meningkat dalam kalangan remaja bersekolah ekoran kesan permodenan yang pesat. Maka, pendekatan baharu dan mampan perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ini dan menggalakkan penglibatan dalam aktiviti fizikal dalam kalangan murid sekolah menengah. Objektif utama kajian berbentuk kuasi eksperimen ini adalah mengkaji impak pelaksanaan permainan tradisional dalam kelas PJK sebagai alternatif meningkatkan tahap aktiviti fizikal dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian ini melibatkan dua fasa, di mana fasa satu adalah bertujuan meneroka pendapat dan pengalaman guru PJK dan murid mengenai isu perlaksanaan kelas PJK masa kini dan kesesuaian pelaksanaan permainan tradisional dalam kelas PJK, manakala fasa dua bertujuan membandingkan tahap aktiviti fizikal semasa kelas PJK konvensional dan pelaksanaan permainan tradisional dalam kelas PJK. Hasil fasa satu mendapati secara keseluruhan murid dan guru PJK memberikan pandangan yang positif terhadap idea menggabungkan permainan tradisional semasa kelas PJK. Hasil kajian fasa dua mendapati jumlah kiraan aktiviti per minit (CPM) ketika kelas PJK yang melaksanakan permainan tradisional (2565.0 ± 581.9) lebih tinggi secara signifikan berbanding kelas PJK konvensional (2189.3 ± 985.1; p<0.001). Antara jenis permainan, jumlah masa yang diluangkan untuk aktiviti fizikal tahap sederhana-ke-tinggi (MVPA) bagi permainan Polis Sentri (20.6±3.6 minit) dan Baling Selipar (20.7±4.2 minit) didapati paling tinggi berbanding permainan Galah Panjang (16.4±4.7 minit; p<0.001). Kajian ini turut menilai persepsi murid terhadap manfaat, efikasi kendiri dan penghalang melakukan aktiviti fizikal dan mendapati hanya efikasi kendiri meningkat secara signifikan (p=0.027) selepas bermain permainan tradisional. Pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) bermain permainan tradisional turut dinilai dan hanya amalan (P) secara keseluruhan yang meningkat dengan signifikan (p<0.001). Sebagai tambahan, murid perempuan menunjukkan skor yang tinggi secara signifikan (p=0.025) berbanding murid lelaki dari segi keseronokan, kesesuaian dan motivasi bermain permainan tradisional. Kesimpulannya, kajian ini mendapati pelaksanaan permainan tradisional di dalam kelas PJK dapat diterima oleh murid dan guru PJK, serta mampu meningkatkan tahap aktiviti fizikal berbanding kelas PJK konvensional,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 244
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130883+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.