Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460392
Title: Pembangunan alat optik difenilamina-kalorimeter (AODK) bagi pengesanan wap nitrat
Authors: Mohd Faizal Abdul Rahman (P100208)
Supervisor: Khairul Osman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nitrates
Fertilizers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jul-2022
Description: Kajian ini bertujuan mengkaji kebolehan alat optik difenilamina-kalorimeter (AODK) untuk mengesan kehadiran nitrat dalam model kontena kapal. Nitrat yang dipilih berpotensi dijadikan bahan letupan dalam Improvised Explosive Device (IED). Lima belas baja dipasaran dianalisis menggunakan UPLC-PDA. Hasil analisis menunjukkan baja ammonium n itrat, potasium nitrat, kalsium nitrat, Green Gro 63Q dan Vitagreen mempunyai peratusan nitrat setinggi 24.4%, 22.0%, 19.3%, 9.3% dan 8.9%. Peratusan yang tinggi ini menjadikan bahan-bahan ini berpotensi dijadikan bahan letupan dalam IED. Ujian letupan menggunakan lima jenis baja ini mendapati hanya IED berasaskan ammonium nitrat boleh meletup. Model kontena diletakkan di atas kapal Maritim Malaysia selama 9 hari untuk menentukan suhu dan kelembapan yang dialami oleh baja sewaktu disimpan dalam kontena. Semasa pelayaran (keadaan lembab), suhu dan kelembapan adalah antara 25°C – 40.5 dan 51.5% - 93.0%, manakala di pelabuhan (keadaan kering) adalah 28°C– 34.5°C dan 56.5% - 85%. Index haba maksima, minima dan purata bagi kedua-dua keadaan adalah 45.8, 27.4, 35.0 ± 4.9°C masing-masing. Data validasi musim panas menunjukkan pada keadaan lembap, suhu dan kelembapan antara 24°C hingga 39°C dan 53% hingga 94.5% masing-masing. Pada keadaan kering pula, suhu dan kelembapan antara 26.5°C hingga 39°C dan julat kelembapan 53% hingga 92.5% masing-masing. Validasi keadaan lembab telah dilakukan melalui perbandingan data Index haba yang diperolehi dari musim hujan dan musim panas melalui ujian-t tidak berpasangan. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan Indeks haba antara kedua-dua musim (t (453) = -0.303, p = 0.762). Validasi keadaan kering pula telah dilakukan melalui perbandingan data Index haba yang diperolehi dari musim hujan dan musim panas. Kedua-dua set data tersebut telah dibandingkan melalui ujian-t tidak berpasangan. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan Index haba antara kedua-dua musim (t (58) = -1.059, p = 0.294). Ammonium nitrat menjalani ujian pengewapan nitrat dalam keadaan kering dan lembap bagi menentukan jika wap nitrat dapat dikesan melalui pengesanan konvensional menggunakan larutan difenilamina. Ujian keadaan kering mendapati wap nitrat dikesan pada suhu 44°C hingga 50°C apabila masa udara dialirkan selama 722 hingga 731 saat. Ujian keadaan lembab mampu mengesan nitrat pada suhu 48°C hingga 50°C dengan kebolehulangan yang rendah. Hasil analisis ujian-t berpasangan digunakan bagi membandingkan kaedah penglihatan konvensional (m=726.56, sd=3.985) dan kaedah alat optik difenilamina-kalorimeter (m=724.97, sd=4.880) bagi 78 sampel, 95% Cl (-2.397, -0.783) dengan nilat t =-3.989, df=38. Nilai p > 0.05 menunjukkan tiada ada perbezaan antara kaedah konvensional dan kaedah alat optik difenilamina-kalorimeter. Ujian validasi AODK dilaksanakan dengan model kontena mengandungi ammonium nitrat ditinggalkan di lapangan simulasi. Kehadiran wap nitrat dalam kontena ditentukan pada selang masa 30 minit, 1 jam, 2 jam dan 3 jam. Ini diulang sebanyak 3 kali. Keputusan positif diperolehi ialah 66.7%, 66.7%, 11.1% dan 33.3%. Kesimpulannya, AODK berpotensi mengesan wap nitrat dalam kontena tetapi pengubahsuaian perlu dilakukan untuk meningkatkan sensitiviti alat ini,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 137
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130882+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.