Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460366
Title: | Perubahan tabiat pengambilan sayur dan buah dalam kalangan kanak- kanak Prasekolah Tabika Kemas selepas implementasi modul makanan dan snek sihat: Toybox-study Malaysia |
Authors: | Wan Nurul Najwa Wan Nik (P90468) |
Supervisor: | Ruzita Abd Talib, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Eating Behavior Fruit Vegetables Child |
Issue Date: | 3-Nov-2021 |
Description: | Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kurang dalam kalangan kanakkanak adalah suatu perkara yang membimbangkan. Salah satu modul ToyBox Study Malaysia adalah Modul Makanan dan Snek Sihat yang bertujuan untuk meningkatkan pengambilan sayur dan buah dalam kalangan kanak-kanak. Modul ini telah dilaksanakan di tabika untuk memberi pendidikan dan kesedaran pemakanan sihat kepada kanak-kanak prasekolah. Kajian ini melibatkan 15 tabika intervensi dan 18 tabika kawalan di bawah pengelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Lembah Klang. Peserta terdiri daripada 120 orang kanak-kanak tabika berumur 5 dan 6 tahun (60 orang dalam setiap kumpulan kawalan dan intervensi). Modul telah disampaikan kepada kanak-kanak selama 4 bulan dan perubahan pengambilan sayur dan buah serta pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) dinilai sebelum dan selepas intervensi. Modul ini telah disampaikan oleh guru tabika yang juga bertanggungjawab mengedarkan buletin dan kad petua kepada ibu bapa. Setiap guru dibekalkan dengan buku panduan modul dan bahan bantu mengajar seperti alat permainan keretapi makanan seimbang serta pinggan suku-suku separuh. Kandungan modul merangkumi galakan pengambilan sayur dan buah, pengenalan kepada konsep pinggan sihat Suku- Suku Separuh dan pembelajaran mengenai pemakanan seimbang. Sebelum pelaksanaan modul, penilaian keperluan kajian telah dijalankan dengan menggunakan Borang Pemerhatian Makanan dan Borang Kaji Selidik Audit Tabika ToyBox. Buku Log Guru digunakan bagi menilai proses pelaksanaan modul. Tahap pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) pemakanan sihat serta sayur dan buah kanak-kanak dinilai melalui temubual berdasarkan borang soal selidik. Borang Kekerapan Makanan Sayur dan Buah (FFQFV) digunakan untuk menilai tahap pengambilan sayur dan buah kanak-kanak. Hasil kajian berdasarkan catatan guru di Buku Log Guru mendapati Modul Makanan dan Snek Sihat (MSS) ToyBox Study Malaysia telah berjaya dilaksanakan. Hanya tahap pengetahuan pemakanan sihat berbeza dengan signifikan antara kumpulan dan sebelum dan selepas pelaksanaan modul, dengan kesan kumpulan dan masa yang signifikan, F(1,58)=12.19, p=0.001, ŋp 2=0.174. Tahap pengetahuan tentang sayur dan buah juga meningkat selepas pelaksanaan modul dengan kesan masa yang signifikan, F(1,58)=16.02, p=0.000, ŋp 2=0.216. Pengambilan sayur dan buah kanak-kanak intervensi pula tidak menunjukkan perubahan yang signifikan berbanding kumpulan kawalan tetapi terdapat peningkatan yang signifikan dalam pengambilan sayur-sayuran sebelum dan selepas pelaksanaan modul F(1,117)=25.66, p=0.000, ŋp 2=0.180. Kesimpulannya, pelaksanaan modul ini telah membantu mengubah tahap pengetahuan pemakanan sihat tetapi tidak memberi kesan signifikan terhadap pengambilan sayur dan buah kanak-kanak. Secara keseluruhan, modul Makanan dan Snek Sihat ToyBox Study Malaysia dapat meningkatkan KAP pemakanan dan berpotensi meningkatkan pengambilan sayur dan buah kanak-kanak dengan penglibatan ibu bapa secara langsung. Program intervensi ini juga diharap dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar di masa hadapan untuk menentukan keberkesanannya dengan lebih mendalam.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 169 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125624+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.