Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460363
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorCila Umat, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Fatihah Ainun Hamzah (P97701)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:57Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:57Z-
dc.date.issued2021-10-12
dc.identifier.otherukmvital:124974
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460363-
dc.descriptionMasalah pendengaran kanak-kanak di Malaysia dikesan lewat berbanding saranan Joint Committee of Infant Hearing (JCIH). Justeru itu, adalah penting untuk memahami apa yang dilalui oleh ibu bapa bagi tujuan mengenalpasti cabaran dan sokongan yang diperlukan untuk pengurusan kes masalah pendengaran kanak-kanak yang lebih baik. Kajian kualitatif ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses pengesahan diagnosis dan intervensi awal masalah pendengaran anak-anak mereka. Temu bual semi-struktur menggunakan soalan jenis terbuka digunakan bagi memahami situasi dan pengalaman ibu bapa ketika melalui proses tersebut. Seramai 14 orang ibu dan 2 orang bapaberusia di antara 29 hingga 56 tahun terlibat dalam kajian ini. Kriteria pemilihan responden termasuk (i) mempunyai anak yang telah didiagnos mempunyai masalah pendengaran pada tahap sederhana ke sangat teruk jenis sensori, (ii) diagnosis dilakukan dalam tempoh tiga tahun sewaktu kajian dijalankan, (iii) telah dipasang alat bantu pendengaran, serta (iv) sedang mengikuti program habilitasi bersama patologis pertuturan-bahasa. Enam orang kanak-kanak merupakan pengguna implan koklea (IK) dwilateral (IK+IK), enam orang pengguna alat bantu dengar (ABD) akustik dwilateral (ABD+ABD) dan empat orang pengguna alat bantu pendengaran pemasangan dwimodal (IK+ABD). Analisis tematik digunakan dan tujuh (7) tema utama serta tiga puluh (30) subtema dikenal pasti sebagai cabaran yang dihadapi ibu bapa ketika mendapatkan pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran bagi anak-anak. Semasa melalui proses pengesahan diagnosis, emosi ibu bapa merupakan cabaran utama (87.5%) diikuti perkongsian maklumat oleh profesional (75%). Semasa melalui proses intervensi, cabaran utama ialah menangani reaksi anak terhadap alat bantu pendengaran (68.8%), kemajuan auditori anak (68.8%), kerjasama anak semasa terapi pertuturan serta komitmen ibu bapa terhadap proses intervensi (56.3%). Kesimpulannya, emosi merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses diagnosis dan intervensi anak mereka yang mengalami masalah pendengaran. Pengurusan emosi ibu bapa perlu diberikan penekanan oleh profesional kesihatan pendengaran kerana ia boleh mempengaruhi kemajuan dan perkembangan anak selepas pemakaian alat bantu pendengaran samada ABD atau IK. Isu perkongsian maklumat oleh professional kesihatan juga perlu ditambahbaik kerana ibu bapa didapati kurang pengetahuan mengenai masalah tersebut yang menyumbang kepada kelewatan pengesahan diagnosis dan intervensi masalah pendengaran kanak-kanak di Malaysia.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectHearing Loss
dc.subjectHearing Aids
dc.subjectChild
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleCabaran ibu bapa dalam proses pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran kanak – kanak
dc.typetheses
dc.format.pages181
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124974+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.