Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460349
Title: Pengukuran kualiti dan analisis kos program saringan pendengaran bayi sejagat dua buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Authors: Wong Yun Ai (P97698)
Supervisor: Rafidah Mazlan, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Hearing
Neonatal Screening
Infant
Newborn
Issue Date: 15-Sep-2021
Description: Program saringan pendengaran bayi sejagat (UNHSP) diperkenalkan supaya saringan serta diagnosis dan intervensi awal dapat diberikan kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Untuk memastikan UNHSP mencapai tujuannya, pengukuran kualiti perlu dilakukan secara berkala. Kualiti UNHSP juga turut memberi impak kewangan kepada institusi yang melaksanakannya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengukur petunjuk kualiti saringan dan menilai anggaran kos pelaksanaan UNHSP di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Umur saringan dan diagnosis turut diukur. Dua buah hospital KKM iaitu Hospital Taiping (HT), Perak dan Hospital Miri (HM), Sarawak terlibat dalam kajian ini. Analisis retrospektif telah dijalankan ke atas pangkalan data program kedua-dua hospital dari tahun 2014 ke 2018. Keputusan menunjukkan HT hanya berjaya mencapai piawaian kadar liputan yang disyorkan iaitu >95% untuk tiga tahun terakhir penilaian (2016-2018), manakala HM gagal pada semua tahun penilaian. Untuk lima tahun penilaian, kedua-dua hospital tidak berjaya mencapai piawaian untuk kadar rujukan awal (<4%) dan kadar hadir ujian saringan susulan (>95%). Ujian khi kuasa dua secara amnya menunjukkan semua petunjuk kualiti saringan adalah berbeza secara signifikan (p<0.05) untuk tempoh lima tahun yang dikaji. Purata umur saringan adalah 2.3 ± 0.7 bulan di HT dan 4.7 ± 2.0 bulan di HM. Purata umur diagnosis pula adalah 4.4 ± 0.9 bulan di HT dan 6.0 ± 1.0 bulan di HM. Bagi analisis kos, kedua-dua hospital menunjukkan tren peningkatan perbelanjaaan dari tahun 2014 ke 2018. Purata kos untuk menyaring seorang bayi di HT adalah RM 10.97 ± 2.02 dan HM adalah RM 6.17 ± 1.28. Kesimpulannya, UNHSP di HT menunjukkan peningkatan yang lebih signifikan daripada HM untuk semua petunjuk kualiti tetapi tidak mencapai piawaian petunjuk kualiti saringan. Kos untuk melaksanakan program ini berbeza mengikut hospital dan didapati meningkat setiap tahun. Langkah seterusnya adalah mengenalpasti strategi amalan terbaik yang boleh membantu kedua-dua hospital untuk mencapai piawaian kualiti.,Ijazah Sarjana
Pages: 88
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123806+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.