Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460340
Title: | Kesan ekstrak etil asetat zingiber zerumbet terhadap alzheimerism aruhan aluminium (III) klorida pada sel H19-7 hipokampus tikus secara in vitro |
Supervisor: | Asmah Binti Hamid, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic - Malaysia Alzheimer Disease Antioxidants |
Issue Date: | 19-Aug-2019 |
Description: | Penyakit Alzheimer adalah masalah kognitif progresif yang melibatkan sebahagian besar populasi warga tua. Ia dicirikan oleh kehilangan sinaps dan pemendapan tidak normal lesi tertentu di seluruh otak termasuklah plak senil, yang terdiri daripada amiloid beta (Aβ). Pendedahan kepada aluminium (III) klorida (AlCl3) telah diketahui meningkatkan tekanan oksidatif dan sebagai salah satu faktor risiko mendapat penyakit Alzheimer. Sehingga kini tiada ubat khusus untuk merawat dan melambatkan permulaan penyakit Alzheimer. Zingiber zerumbet (L.) Smith, yang tergolong dalam keluarga Zingiberaceae dan dikenali sebagai 'Lempoyang', dilaporkan mempunyai aktiviti antioksidan dan anti-inflamatori. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai kesan perlindungan dan terapeutik ekstrak kasar Z. zerumbet terhadap aruhan AlCl3 pada sel H19-7 hipokampus. Ketoksikan ekstrak Z. zerumbet dan AlCl3 pada sel H19- 7 ditentukan melalui asai MTT. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa kepekatan Zzer IC10 dan Zzer IC25 untuk Z. zerumbet adalah masing-masing 17.10 μg / ml dan 47.06 μg / ml. Kepekatan optimum untuk aruhan AlCl3 ialah 3000 μg /ml. H19-7 telah dirawat dengan Zzer IC10 dan Zzer IC25 pada 2, 6 dan 12 jam sebelum diaruh AlCl3 selama 24 jam untuk menilai kesan perlindungan dan pra-aruhan AlCl3 selama 24 jam sebelum rawatan Zzer IC10 dan Zzer IC25 pada 2, 6 dan 12 jam untuk kesan terapeutik. Aras Aβ meningkat secara signifikan (p <0.001) untuk aruhan 24 jam AlCl3 untuk rawatan 2, 6 dan 12 jam berbanding kawalan untuk kedua-dua kumpulan perlindungan dan terapeutik. Zzer IC10 dan Zzer IC25 menunjukkan penurunan aras Aβ secara signifikan (p <0.001) berbanding dengan AlCl3 pada jam 2 dan 6 untuk kesan perlindungan. Aras Aβ menurun secara signifikan (p <0.001) berbanding dengan AlCl3 pada jam 2 dan 12 untuk rawatan Zzer IC25 bagi kesan terapeutik. AlCl3 meningkatkan aras Isoprostane secara signifikan (p <0.001) untuk kedua-dua kumpulan perlindungan dan terapeutik berbanding dengan kawalan untuk setiap sela masa. Aras protein karbonil menunjukkan penurunan dan aras antioksidan (SOD, GSH) pada kedua-dua kumpulan rawatan dos Zzer IC10 dan Zzer IC25 menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding aruhan AlCl3 untuk rawatan perlindungan dan terapeutik. Kesimpulannya, ekstrak etil-asetat Z.zerumbet mempunyai keupayaan sebagai agen antioksidan terhadap Alzheimer dengan peningkatan aktiviti antioksidan (SOD, GSH) serta menurunkan pembentukan plak amiloid beta (Aβ),Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan) |
Pages: | 93 |
Call Number: | WT155.M697k 2020 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121605+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.