Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460337
Title: | Pembentukan dan penilaian penerimaan buku kecil panduan pemakanan untuk kanak-kanak leukemia berumur 7 hingga 12 tahun |
Supervisor: | Roslee Rajikan, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Diet Healthy Leukemia |
Issue Date: | 18-Dec-2020 |
Description: | Kanak-kanak leukemia selalu dikaitkan dengan masalah kekurangan pengambilan makanan semasa menjalani rawatan. Dengan memberikan maklumat yang cukup mengenai pemakanan kanak-kanak leukemia semasa fasa rawatan dapat membantu kanak-kanak ini untuk mengambil makanan dengan lebih baik. Tujuan kajian ini adalah untuk membentuk buku kecil panduan pemakanan untuk kanak-kanak dengan leukemia yang berusia 7 hingga 12 tahun. Kajian ini dilakukan dalam 3 fasa. Fasa 1: Fasa penilaian keperluan maklumat bagi pembentukan bahan pendidikan untuk penjaga pesakit kanak-kanak leukemia. Dalam fasa ini, seramai 30 orang subjek telah ditemubual secara separa berstruktur yang terdiri daripada 20 orang penjaga pesakit leukemia dan 10 orang kumpulan profesional kesihatan. Semasa sesi temu bual, soalan yang ditanya adalah berkenaan keperluan tajuk yang perlu untuk dimasukkan di dalam buku panduan oleh penjaga. Temu bual ini ditranskrip dan dianalisa menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.5.6. Analisis data kualititif mendapati lima tajuk yang diperlukan dalam kalangan penjaga iaitu (1) leukemia dan rawatan, (2) mengapa anak saya perlu makan secara sihat, (3) bantu anak makan semasa rawatan, (4) aspek kebersihan dan keselamatan makanan, (5) resipi pilihan untuk kanak-kanak dengan leukemia. Fasa 2: Pembangunan, pemurnian dan penerbitan buku kecil panduan pemakanan. Isi kandungan buku kecil dibina berdasarkan hasil yang diperoleh daripada temuduga dan rujukan garis panduan pemakanan yang disahkan. Proses kesahihan kandungan telah dilakukan oleh 14 orang kumpulan profesional kesihatan untuk mengesahkan kesesuaian dan kefahaman isi kandungan buku kecil tersebut. Sebuah buku kecil panduan pemakanan dalam Bahasa Melayu telah dihasilkan dalam saiz A5 dengan sebanyak 108 muka surat. Fasa 3: Penilaian buku kecil panduan pemakanan telah dijalankan ke atas 30 orang subjek penjaga leukemia yang berusia 31-53 tahun. Semua subjek diberi salinan buku panduan pemakanan dan borang kaji selidik Tool to Evaluate Materials Used in Patient Education (TEMPtED). Data dianalisa secara deskriptif. Min skor TEMPtED adalah 49.7±7.0, yang menunjukkan buku kecil panduan pemakanan diterima secara sederhana. Secara keseluruhan, buku kecil panduan pemakanan untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun yang dihasilkan diterima secara sederhana baik sebagai bahan pendidikan untuk penjaga pesakit leukemia kanak-kanak.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan,Kanak-kanak leukemia selalu dikaitkan dengan masalah kekurangan pengambilan makanan semasa menjalani rawatan. Dengan memberikan maklumat yang cukup mengenai pemakanan kanak-kanak leukemia semasa fasa rawatan dapat membantu kanak-kanak ini untuk mengambil makanan dengan lebih baik. Tujuan kajian ini adalah untuk membentuk buku kecil panduan pemakanan untuk kanak-kanak dengan leukemia yang berusia 7 hingga 12 tahun. Kajian ini dilakukan dalam 3 fasa. Fasa 1: Fasa penilaian keperluan maklumat bagi pembentukan bahan pendidikan untuk penjaga pesakit kanak-kanak leukemia. Dalam fasa ini, seramai 30 orang subjek telah ditemubual secara separa berstruktur yang terdiri daripada 20 orang penjaga pesakit leukemia dan 10 orang kumpulan profesional kesihatan. Semasa sesi temu bual, soalan yang ditanya adalah berkenaan keperluan tajuk yang perlu untuk dimasukkan di dalam buku panduan oleh penjaga. Temu bual ini ditranskrip dan dianalisa menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.5.6. Analisis data kualititif mendapati lima tajuk yang diperlukan dalam kalangan penjaga iaitu (1) leukemia dan rawatan, (2) mengapa anak saya perlu makan secara sihat, (3) bantu anak makan semasa rawatan, (4) aspek kebersihan dan keselamatan makanan, (5) resipi pilihan untuk kanak-kanak dengan leukemia. Fasa 2: Pembangunan, pemurnian dan penerbitan buku kecil panduan pemakanan. Isi kandungan buku kecil dibina berdasarkan hasil yang diperoleh daripada temuduga dan rujukan garis panduan pemakanan yang disahkan. Proses kesahihan kandungan telah dilakukan oleh 14 orang kumpulan profesional kesihatan untuk mengesahkan kesesuaian dan kefahaman isi kandungan buku kecil tersebut. Sebuah buku kecil panduan pemakanan dalam Bahasa Melayu telah dihasilkan dalam saiz A5 dengan sebanyak 108 muka surat. Fasa 3: Penilaian buku kecil panduan pemakanan telah dijalankan ke atas 30 orang subjek penjaga leukemia yang berusia 31-53 tahun. Semua subjek diberi salinan buku panduan pemakanan dan borang kaji selidik Tool to Evaluate Materials Used in Patient Education (TEMPtED). Data dianalisa secara deskriptif. Min skor TEMPtED adalah 49.7±7.0, yang menunjukkan buku kecil panduan pemakanan diterima secara sederhana. Secara keseluruhan, buku kecil panduan pemakanan untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun yang dihasilkan diterima secara sederhana baik sebagai bahan pendidikan untuk penjaga pesakit leukemia kanak-kanak |
Pages: | 152 |
Call Number: | QT235.S623p 2020 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121024+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.