Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460336
Title: | Pemulihan dalam komuniti untuk kanak-kanak kurang upaya : satu kajian keberkesanan kos di Pantai Timur Semenanjung Malaysia |
Supervisor: | Nor Azlin Mohd Nordin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Disabled Children |
Issue Date: | 4-Sep-2020 |
Description: | Kanak-kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalm Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak-kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai kos bagi PDK untuk kanak- kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Objektif kajian ini adalah untuk menilai hasil pemulihan selepas 6 bulan menjalani program di PDK dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya, mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan pemulihan dan menganggarkan kos terhadap pesakit iaitu penjaga, kos penyedia perkhidmatan serta kos per hasil bagi perkhidmatan PDK tempatan. Kajian ini melibatkan 220 orang kanak-kanak kurang upaya berumur 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga kanak-kanak yang terpilih daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hasil pemulihan diukur dari segi perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel. Semua kos dianggar menggunakan kaedah pengkosan berasaskan aktiviti (activity-based costing), dengan pengunaan borang soal selidik khusus. Faktor yang dinilai ialah umur, jenis kurang upaya, skor asas Indeks Barthel, jenis program yang diikuti dan kekerapan kehadiran ke sesi terapi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam skor Indeks Barthel kanak – kanak kurang upaya selepas pemulihan iaitu min (SP) bersamaan 0.90(4.54) (p = 0.003). Hanya faktor jenis program yang diikuti didapati mempunyai kolerasi yang signifikan tetapi lemah dengan perubahan skor Indeks Barthel (r=0.14, p=0.03). Kos median (IQR) terhadap penjaga ialah RM676 (RM1292), manakala kos penyedia perkhidmatan ialah median (IQR) RM38290 (RM19937). Kos per hasil iaitu kos bagi pertambahan satu unit skor Indeks Barthel berdasarkan perspektif masyarakat ialah RM43295 bersamaan 1.15 kali nilai keluaran dalam negeri kasar per kapita negara. Kesimpulannya, program PDK untuk kanak-kanak kurang upaya dalam kajian ini adalah kos berkesan. Oleh itu, penambahbaikan polisi berkaitan keperluan penjagaan kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain membantu ibubapa merancang keperluan kewangan dengan lebih tepat.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan,Kanak-kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalm Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak-kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai kos bagi PDK untuk kanak-kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Objektif kajian ini adalah untuk menilai hasil pemulihan selepas 6 bulan menjalani program di PDK dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya, mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan pemulihan dan menganggarkan kos terhadap pesakit iaitu penjaga, kos penyedia perkhidmatan serta kos per hasil bagi perkhidmatan PDK tempatan. Kajian ini melibatkan 220 orang kanak-kanak kurang upaya berumur 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga kanak-kanak yang terpilih daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hasil pemulihan diukur dari segi perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel. Semua kos dianggar menggunakan kaedah pengkosan berasaskan aktiviti (activity-based costing), dengan pengunaan borang soal selidik khusus. Faktor yang dinilai ialah umur, jenis kurang upaya, skor asas Indeks Barthel, jenis program yang diikuti dan kekerapan kehadiran ke sesi terapi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam skor Indeks Barthel kanak-kanak kurang upaya selepas pemulihan iaitu min (SP) bersamaan 0.90(4.54) (p = 0.003). Hanya faktor jenis program yang diikuti didapati mempunyai kolerasi yang signifikan tetapi lemah dengan perubahan skor Indeks Barthel (r=0.14, p=0.03). Kos median (IQR) terhadap penjaga ialah RM676 (RM1292), manakala kos penyedia perkhidmatan ialah median (IQR) RM38290 (RM19937). Kos per hasil iaitu kos bagi pertambahan satu unit skor Indeks Barthel berdasarkan perspektif masyarakat ialah RM43295 bersamaan 1.15 kali nilai keluaran dalam negeri kasar per kapita negara. Kesimpulannya, program PDK untuk kanak-kanak kurang upaya dalam kajian ini adalah kos berkesan. Oleh itu, penambahbaikan polisi berkaitan keperluan penjagaan kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain membantu ibubapa merancang keperluan kewangan dengan lebih tepat |
Pages: | 92 |
Call Number: | WS106.N974p 2020 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121023+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.