Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460335
Title: Penilaian kriteria kualiti imej dan keberkesanan diagnostik dengan mamografi digital
Authors: Pushpa Thevi Rajendran (P46144)
Supervisor: Kanaga Kumari Chelliah, Prof. Madya (K)
Keywords: Mamografi
Kualiti imej
Breast Neoplasms
Dissertations
Academic- Malaysia
Issue Date: 16-May-2013
Description: Mammografi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai piawai emas dalam pengesanan awal kanser payudara. Peralihan daripada mammografi konvensional kepada mammografi digital yang terdiri daripada plat penyimpanan fosfor digital dalam mammografi (DSPM) dan mammografi digital bidang penuh (FFDM). Maka adanya keperluan untuk menentukan DSPM or FFDM berupaya menghasilkan kualiti imej yang diagnostik. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kualiti imej dan keberkesanan diagnostik dua sistem mammografi digital. Kajian perbandingan diagnostik ini telah dijalankan di Pusat Kanser Kebangsaan, Malaysia selama setahun, melibatkan 150 wanita yang tidak mempunyai simptom. Wanita yang terlibat telah memberikan persetujuan termaklum dan didedahkan kepada empat sisi pandangan daripada setiap sistem. Dua pakar radiologi telah menilai imej yang dicetak secara bebas berdasarkan kepada sembilan kriteria kualiti imej, hubungkait antara daya tekanan dan kualiti imej dan penilaian kategori BIRADS. Ujian antarakebolehpercayaan Kappa menunjukkan terdapat persetujuan yang adil (ĸ = 0.225) bagi pakar radiologi pertama dan persetujuan yang lemah (ĸ = 0.192) untuk pakar radiologi kedua dalam penilaian kriteria kualiti imej. Ujian McNemar mendapati kesatuan yang signifikan antara DSPM dan FFDM dalam kriteria kualiti imej di mana ketajaman dan kontras dalam pandangan kanan kranio-kaudal, kecerahan dalam semua pandangan kecuali pandangan kiri medio-lateral, kulit dan tisu glandular dan ruang retromammari dan pengesanan kalsifikasi mikro dalam semua pandangan (p<0.05). Wujudnya korelasi lemah hingga sederhana dan hubungan yang bermakna antara daya mampatan yang digunakan dan visualisasi struktur anatomi bagi kulit (r =0.189) dalam DSPM dan pengesanan kalsifikasi mikro (r = 0.305) dalam FFDM. Bagi penilaian kategori BIRADS, ujian McNemar mendapati hubungkait yang signifikan dalam kategori 1, 2 dan 3 untuk DSPM tetapi tiada hubungkait yang signifikan dalam kategori 4, 5 dan 6 dalam FFDM. Kesimpulannya, DSPM superior dalam aspek kecerahan, kulit dan tisu glandular manakala FFDM superior dalam ruang retromammari dan pengesanan kalsifikasi mikro yang merupakan tanda awal kanser payudara.,Mammography has established itself as the gold standard in the early detection of breast cancer. The shift from conventional to digital mammography comprises of digital storage phosphor plate in mammography (DSPM) and full field digital mammography (FFDM). Thus there was a need to determine whether DSPM or FFDM produces a better image quality and which is of superior diagnostic value. The aim of this study was to compare the image quality and diagnostic efficacy of the digital mammography systems. This diagnostic comparative study took place at The National Cancer Society (NCS), Kuala Lumpur involving 150 asymptomatic women for duration of one year. Participating women gave informed consent and were exposed to four views from each system. Two radiologists independently evaluated the printed images based on the nine image quality criteria, the correlation between compression force and visualization of anatomical structures and BIRADS category of assessment. Inter-reliability test between FFDM and DSPM showed fair agreement (ĸ = 0.225) for the first radiologist and poor agreement (ĸ = 0.192) for the second radiologist in image quality criteria. McNemar's test found significant association between DSPM and FFDM in image quality criteria, which are sharpness and contrast in right cranio-caudal view, brightness in all views except left medio-lateral view, skin and glandular tissue and retromammary space and detection of microcalcifications in all views (p<0.05). There is poor to fair and significant linear correlation between applied compression force and visualization of anatomical structures for skin (r=0.189) in DSPM and the detection of microcalcifications (r=0.305) in FFDM. For the BIRADS category of assessment, McNemar's test found significant association in category 1, 2 and 3 for DSPM but not in category 4, 5 and 6 in FFDM. In conclusion, DSPM was superior in brightness, skin and glandular tissue whereas FFDM was in retromammary space and detection of microcalcifications which is an early sign of breast cancer.,Master
Pages: 243
Call Number: WP870.P987p 2013 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80444+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
17.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.