Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460331
Title: Kesan penggunaan sublingual glyceryl trinitrate (GTN) terhadap imej kualiti dan pengukuran dos radiasi semasa pemeriksaan tomografi berkomputer angiografi koronari
Authors: Mohd Shahril Mohd Shamsul (P94468)
Supervisor: Akmal Sabarudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nitroglycerin
Angiography
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 24-Oct-2020
Description: Perkembangan teknologi tomografi berkomputer 320-hirisan (320-MDCT) menyumbang kepada peningkatan pengimejan tomografi berkomputer koronari angiografi (CCTA). CCTA merupakan pengimejan kurang invasif yang digunakan untuk mengesan penyakit koronari arteri dan mempunyai sensitiviti dan spesifikasi yang tinggi. Bagaimanapun, terdapat kelemahan pengimejan CCTA yang tidak dapat menandingi pengimejan konvensional angiografi yang merupakan pengimejan utama bagi mengesan CAD. Di antara kelemahan pengimejan CCTA ialah memperlihatkan anatomi koronari arteri yang berdiameter kecil, berlingkar, berpenyakit, dan mengoptimumkan dos radiasi. Oleh itu penggunaan sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN) didalam pengimejan CCTA diperkenalkan. GTN pada asalnya merupakan ubat yang digunakan untuk merawat sakit dada atau serangan jantung yang kecil. Fungsi utama GTN ialah untuk merehatkan dan mengembangkan otot-otot endotelial pada koronari arteri seta melegakan serangan jantung (angina). Dengan fungsi dan peranan yang terdapat pada GTN, ubat ini telah digunakan semasa pengimejan CCTA. GTN dikatakan dapat membantu mengembangkan koronari arteri serta memperlihatkan cabang-cabang kecil yang berpenyakit maka pengesanan CAD dapat dilakukan. Walaubagaimanapun terdapat persoalan tentang keberkesanan GTN terhadap kualiti imej pengimejan CCTA yang terhasil. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat kesan sublingual GTN terhadap kualiti imej serta mengukur dos radiasi yang dikenakan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan kualiti imej secara kualitatif dan kuantitatif semasa pengimejan CCTA dengan pemberian atau tanpa sublingual GTN. Selain itu, kajian ini menganalisis index dos tomografi berkomputer (CTDI), produk dos kepanjangan (DLP) dan dos berkesan yang diterima oleh pesakit semasa pengimejan CCTA. Seramai 102 subjek dipilih secara rawak dan diklasifikasikan kepada kumpulan sublingual GTN, GTN (n=51) dan kumpulan tanpa sublingual GTN, NGTN (n=51). Bagi penilaian kualitatif, seramai 2 orang penilai dipilih untuk menganalisis kualiti imej menggunakan soal selidik skala Likert-4. Manakala, 6 parameter digunakan dalam pengukuran kualiti imej secara kuantitatif melibatkan keamatan isyarat (SI), imej hingar (N), nisbah isyarat-bunyi (SNR), nisbah kontras-bunyi (CNR), keluasan saiz lumen dan diameter lumen. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan GTN memperlihatkan jumlah koronari arteri yang lebih tinggi di bahagian cabang sekunder berbanding kumpulan NGTN sebanyak 7.5%. Kajian ini menghasilkan imej artifak yang rendah (GTN:1% dan NGTN: 1.8%) berbanding kajian-kajian lepas dengan menggunakan teknologi yang hampir sama. Selain itu, kajian ini menunjukkan ketepatan diagnostik yang lebih tinggi dengan peningkatan keluasan dan diameter lumen sebanyak 10-40% berbanding saiz asal. Kumpulan GTN juga menghasilkan imej berkualiti tinggi berbanding kumpulan NGTN kerana penghasilan imej hingar yang rendah dengan pengurangan sebanyak 16%. Manakala SNR dan CNR yang dihasilkan oleh kumpulan GTN juga lebih tinggi dari kumpulan NGTN dengan peningkatan sebanyak 17% dan 22%. Bagi dos radiasi, kajian ini menghasilkan dos berkesan yang sangat rendah berbanding kajian-kajian lepas dan juga tidak melebihi dos rujukan piawai (NDRL) yang ditetapkan sebanyak 78%. Kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan sublingual GTN boleh dipraktikkan dalam bahagian klinikal bagi pengimejan CCTA untuk mengoptimumkan kualiti imej disamping mengurangkan lagi dos radiasi.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 98
Call Number: QV156.M697k 2020 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120063+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.