Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460328
Title: Hubungan antara pengambilan gula dengan profil metabolik dan prevalens sindrom metabolik dalam kalangan warga emas di Malaysia
Authors: Nurzetty Sofia Zainuddin (P83980)
Supervisor: Suzana Shahar, Prof. Dr
Keywords: Dietary Sugars
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Mar-2019
Description: Pengambilan gula yang berlebihan selalunya dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti, diabetes melitus, penyakit kardiovaskular dan sindrom metabolik. Prevalens sindrom metabolik adalah tinggi dalam kalangan warga emas. Namun perkaitan pengambilan gula terhadap sindrom metabolik di Malaysia terutama dalam kalangan warga emas masih belum dikenal pasti. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkaitan antara pengambilan gula dengan profil metabolik dan prevalens sindrom metabolik dalam kalangan warga emas di Malaysia. Selain itu, jumlah pengambilan gula dan sumber pengambilannya dalam kalangan warga emas juga dikenal pasti. Kajian berbentuk keratan rentas ini diperolehi menggunakan persampelan berbilang tahap melibatkan seramai 1,057 warga emas berumur 60 tahun ke atas dari Johor, Selangor, Kelantan dan Perak. Responden ditemu ramah di pusat komuniti terpilih bagi mendapatkan maklumat sosiodemografi, status kesihatan dan soal selidik sejarah pengambilan gula. Pengukuran antropometri, sampel darah (profil gula dan profil lipid) serta tekanan darah juga diambil. Hasil kajian mendapati purata umur responden adalah 70.0 ± 5.8 tahun, majoritinya adalah Melayu (64.5%), berkahwin (66.5%), berpendapatan isi rumah kurang RM2,000 sebulan (74.7%) dan tidak merokok (84.5%). Prevalens sindrom metabolik menggunakan definisi International Diabetes Federation (IDF), National Cholesterol Education Program's Adult Treatment Panel III (NCEP-ATP III) dan Harmonized masing-masing adalah 30.9%, 42.2% dan 40.0%. Median pengambilan gula total dan gula tambahan masing-masing adalah 32.6 gram/hari (6 ½ sudu teh) dan 23.8 gram/hari (5 sudu teh). Sumber pengambilan gula terbanyak adalah daripada minuman manis diikuti oleh kuih-muih, buah-buahan, makanan tersedia dan minuman tenusu. Pengambilan gula total pada persentil ke-50 mengurangkan aras sistolik tekanan darah sebanyak 0.68 kali ganda (p<0.05). Pengambilan gula total pada persentil ke-50 dan ke-100 meningkatkan aras total kolesterol sebanyak 1.63 kali (p<0.05) dan 1.85 kali (p<0.01). Pengambilan gula total pada persentil ke-100 meningkatkan aras trigliserida sebanyak 1.52 kali (p<0.05). Manakala bagi pengambilan gula tambahan pada persentil ke-100 meningkatkan aras total kolesterol sebanyak 1.71 kali (p<0.05) dan pengambilan gula tambahan pada persentil ke-75 dan ke-100 meningkatkan aras trigliserida sebanyak 1.56 kali (p<0.05) dan 2.03 kali (p<0.01). Walau bagaimanapun, tiada hubungan ketara yang dilihat antara pengambilan gula dengan obesiti dan sindrom metabolik. Kesimpulannya, pengambilan gula yang berlebihan menunjukkan tiada perkaitan dengan sindrom metabolik dan obesiti. Namun, ia meningkatkan profil lipid iaitu trigliserida dan aras kolesterol. Oleh itu, terdapat keperluan bagi mengkaji kesan pengambilan gula pada jangka masa panjang terhadap kesihatan.,Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik)
Pages: 166
Call Number: 9 Tesis QU81.N974h 2019
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119458+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.