Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460321
Title: Pembentukan dan penilaian rintis modul penjagaan dengan bantuan keluarga untuk penghidap strok kurang upaya teruk dalam komuniti
Supervisor: Nor Azlin Mohd Nordin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Stroke
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic - Malaysia
Issue Date: 31-Jul-2020
Description: Penglibatan ahli keluarga selaku penjaga dan penggunaan modul penjagaan multidisiplin khusus merupakan satu pendekatan yang praktikal bagi memastikan kesinambungan penjagaan penghidap strok yang mengalami kurang upaya teruk setelah discaj dari hospital. Namun, sehingga kini data penyelidikan mengenai penjagaan dibantu keluarga bagi populasi penghidap strok yang mengalami kurang upaya teruk masih terhad. Tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan satu modul penjagaan dibantu keluarga selaku penjaga untuk penghidap strok yang mengalami kurang upaya teruk dalam komuniti, menilai kebolehfahaman dan kebolehlaksanaan modul serta menilai terhadap keberkesanan klinikal modul dalam meminimumkan komplikasi, mengurangkan kebergantungan dan meningkatkan kualiti hidup populasi penghidap strok ini; serta mengurangkan tahap tekanan penjaga. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pembentukan dan fasa penilaian. Fasa pembentukan meliputi perbincangan 23 pakar pemulihan pelbagai disiplin bagi merangka modul, diikuti temu bual terhadap 10 penjaga penghidap strok bagi mendapatkan maklum balas tentang modul. Seterusnya, modul penjagaan tersebut dinilai dalam fasa penilaian menggunakan kajian rintis eksperimen yang melibatkan 18 penghidap strok yang mengalami kurang upaya teruk (min umur ± SD = 76.9 ± 10.7 tahun, purata skor Modified Rankin' Scale = 5) dan 18 penjaga (min umur ± SD = 51.0 ± 8.0 tahun, pengalaman penjagaan strok ≥ 6 bulan). Kesan intervensi (penjagaan menggunakan modul) terhadap tahap fungsi penghidap strok dinilai menggunakan Modified Barthel Index (MBI) dan Composite Spasticity Index (CSI), manakala kualiti hidup dinilai menggunakan Euro-Qol Visual Analogue Scale (EQ-VAS). Perubahan kualiti hidup penjaga pula dinilai dari aspek perubahan tahap tekanan menggunakan Modified Caregiver Strain Index (MCSI). Manakala, kesesuaian modul diuji menggunakan Patient Education Material Assessment Tool (PEMAT) yang mengandungi dua bahagian iaitu kebolehfahaman dan kebolehlaksanaan. Kesemua penilaian dilakukan oleh penilai rabun. Analisis data dilakukan dengan menggunakan SPPS versi 23; ujian T berpasangan dan ujian Wilcoxon Signed Rank. Modul yang dibina mengandungi lima komponen penjagaan dan kaedah implementasi adalah secara latihan bersemuka individu. Skor min EQ-VAS bagi penghidap strok meningkat sebanyak 12.0% (t= 3.04; p= 0.01), namun tiada perubahan yang signifikan didapati dalam skor CSI dan MBI penghidap strok selepas intervensi. Skor min MCSI penjaga berkurang sebanyak 18.6% namun tidak signifikan secara statistik (t= -1.71; p= 0.11). Tahap kebolehfahaman modul adalah dalam purata 71.9%, manakala tahap kebolehlaksanaan modul adalah 87.8% secara purata. Modul penjagaan dibantu keluarga didapati bermanfaat dalam meningkatkan kualiti hidup penghidap strok yang mengalami kurang upaya teruk dan mengurangkan kadar tekanan dalam kalangan penjaga. Kajian lanjutan diperlukan bagi mengukuhkan dapatan kajian rintis ini.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 153
Call Number: 9 Tesis WL356.I28p 2020
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119088+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.