Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460306
Title: | Potensi probiotik dan kemopencegahan lactobacillus plantarum yang dipencilkan daripada tempoyak (durian terfermentasi) |
Authors: | Asmariah Ahmad (P80522) |
Supervisor: | Ahmad Rohi Ghazali, Prof. Dr. |
Keywords: | Durian Tempoyak Probiotik Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 2-Aug-2019 |
Description: | Probiotik merupakan kumpulan bakteria asid laktik (LAB) yang sering ditemui dalam produk makanan yang difermentasi dan saluran gastrousus manusia. Produk probiotik telah banyak dibangunkan dan dipasarkan secara meluas kerana ia berupaya memberi kesan positif terhadap kesihatan manusia. Kajian ini dijalankan bagi menilai potensi probiotik dan kemopencegahan LAB yang dipencilkan daripada durian yang difermentasikan iaitu tempoyak. Penjujukan rRNA 16S menunjukkan pencilan adalah Lactobacillus plantarum (L. plantarum). Bakteria tersebut dinilai dengan asai toleransi terhadap asid pH rendah dan garam hempedu serta aktiviti antibakteria, kerentanan terhadap antibiotik serta perlekatan terhadap sel selanjar kolon. Manakala ciri fisiologi serta potensi kemopencegahan L. plantarum dinilai melalui aktiviti antioksidan, mutagenisiti dan antimutagenisiti serta antiproliferatif terhadap sel selanjar kolon. Hasil ujian menunjukkan sel bakteria (SB) L. plantarum memiliki toleransi yang tinggi terhadap pH rendah iaitu pH 1.5 hingga 4.0 serta garam hempedu pada kepekatan 0.3 % (w/v). L. plantarum juga menunjukkan skor perlekatan yang tinggi terhadap sel selanjar kolon adenokarsinoma HT-29 (159 ± 10) berbanding sel selanjar kolon fibroblas CCD18-Co (54 ± 14). Seterusnya, hanya sel keseluruhan (SK) dan supernatan bebas sel (SBS) L. plantarum menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap bakteria penunjuk Staphylococcus aureus (S. aureus) (10.3 ± 0.64 dan 10.1 ± 0.36) dan Escherichia coli (E. coli) (3.9 ± 0.1 and 3.9 ± 0.05). Ujian kerentanan terhadap antibiotik masing-masing menunjukkan, SK L. plantarum rentan terhadap Ampicillin 10, Erythromycin 15 dan Chlorampenicol 30 serta rintang terhadap Tetracycline 30, Vancomycin 30, Streptomycin 10 dan Gentamicin 10. Hasil kajian turut menunjukkan SBS L. plantarum mampu merencat 14.5 ± 0.1 % radikal bebas DPPH dan mempunyai kapasiti antioksidan nilai FRAP sebanyak 41.08 ± 2.68 µmol/ml berbanding asid askorbik iaitu 76.12 ± 3.7 µmol/ml. Selain itu, ujian mutagenisiti Ames menunjukkan kedua-dua SB dan SBS L. plantarum tidak memberi sebarang kesan mutagenik terhadap Salmonella typhimurium (S. typhimurium) dengan kehadiran sistem pengaktifan metabolik S9. L. plantarum juga menunjukkan kesan antimutagenisiti yang tinggi dengan merencat kesan mutagenik 2-aminoanthracene terhadap S. typhimurium secara signifikan (p < 0.05). Di samping itu, kedua-dua SB dan SBS pada kepekatan 107 dan 108 CFU/ml L. plantarum turut menunjukkan kesan antiproliferatif yang signifikan (p < 0.05) pada sel selanjar kolon adenokarsinoma HT-29 berbanding sel selanjar HT-29 yang tidak dirawat menggunakan L. plantarum. Kesimpulannya, L. plantarum yang dipencilkan daripada tempoyak memiliki potensi untuk dibangunkan sebagai calon probiotik serta agen kemopencegahan yang berasaskan makanan terfermentasi buatan tempatan.,Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan) |
Pages: | 145 |
Call Number: | QU145.5.A836p 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116081+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.