Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460304
Title: Kesan ekstrak akueus rosel (hibiscus sabdariffa linn.) terhadap fasa awal pemodelan semula jantung tikus selepas infarksi miokardium
Authors: Shafreena Shaukat Ali (P89137)
Supervisor: Satirah Zainalabidin, Dr.
Keywords: Jantung
Tikus
Rosel
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Aug-2019
Description: Kematian tisu iskemik semasa infarksi miokardium (IM) boleh menyebabkan pemodelan semula jantung yang mengubah struktur serta fungsi jantung sekaligus mendedahkan pesakit kepada risiko kegagalan jantung. Rosel (Hibiscus sabdariffa Linn.) terkenal sebagai agen antioksidan dan berpotensi memberi kesan kardioprotektif, namun kesan ke atas pemodelan semula jantung selepas IM masih lagi tidak jelas. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan ekstrak akueus kaliks rosel terhadap fasa awal pemodelan semula jantung pada model tikus IM aruhan isoprenaline. Tikus Wistar jantan (200-250 g) dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan: Kawalan, kawalan rosel, IM dan IM+rosel. IM diaruh dengan menggunakan isoprenaline (85mg/kg/hari, secara subkutaneus) selama dua hari berturut-turut diikuti dengan suplementasi ekstrak akueus kaliks rosel (100 mg/kg/hari, secara oral) selama dua dan tujuh hari. Tikus kemudian dikorbankan dan jantung diasingkan bagi analisis selanjutnya. Kecederaan jantung terbukti pada kedua-dua titik waktu melalui peningkatan penanda aras kecederaan jantung, troponin-T. Walaubagaimanapun, suplementasi rosel selama tujuh hari menurunkannya secara signifikan. Selain itu, jantung tikus IM turut menunjukkan peningkatan tekanan oksidatif seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan pemendapan nitrotirosin, peroksidasi lipid dan ekspresi mRNA Nox2 pada kedua-dua titik waktu. Pada masa yang sama, peningkatan nisbah ekspresi mRNA Bax/Bcl-2, penanda apoptosis turut dilihat. Peningkatan ekspresi mRNA interleukin-10 turut dilihat dalam tikus IM pada kedua-dua titik waktu, mencadangkan inflamasi telah berlaku. Berbanding tikus IM, suplementasi rosel menurunkan penanda aras tekanan oksdatif, apoptosis dan inflamasi ini hanya pada titik waktu tujuh hari sahaja. Tambahan lagi, jantung tikus IM menunjukkan peningkatan kolagen, luas kardiomiosit, ekspresi mRNA peptida natriuretik atrial (Anp) dan peptida natriuretik otak (Bnp) pada kedua-dua titik-waktu berbanding kumpulan kawalan, menandakan fibrosis dan hipertrofi telah berlaku pada. Namun begitu, hanya suplementasi rosel selama tujuh hari telah berjaya mengurangkan fibrosis dan hipertrofi berbanding tikus IM. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mencadangkan bahawa suplementasi ekstrak akueus rosel selama tujuh hari mampu mengehadkan pemodelan semula jantung selepas IM dengan memodulasi tekanan oksidatif, apoptosis, inflamasi, fibrosis dan hipertrofi. Bukti daripada kajian ini boleh memberikan maklumat baru terhadap potensi rosel sebagai satu rawatan adjungtif bagi mengehadkan perkembangan kegagalan jantung.,Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
Pages: 178
Call Number: WG310.S525k 2019 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116074+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.