Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460303
Title: | Penentuan tahap antioksidan dan kesan perlindungan integriti genom oleh madu kelulut ke atas sel limfoblastik B manusia, WIL2-NS |
Authors: | Malisanurhidayu Yaacob (P83182) |
Supervisor: | Razinah Sharif, Dr. |
Keywords: | Madu Antioksidan Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 29-Jul-2019 |
Description: | Penyelidikan ini memfokuskan kepada penggunaan madu Kelulut sebagai salah satu bahan yang boleh menghalang penyakit degeneratif berdasarkan sifat farmakologinya. Kajian ini menggunakan dua sampel madu Kelulut iaitu dari Tasik Kenyir dan Tampoi, Kedah. Tasik Kenyir merupakan ekosistem yang mengandungi pelbagai tumbuhan nadir dan herba manakala sampel dari Tampoi, Kedah merupakan madu lebah dari kawasan hutan getah. Dalam kajian ini, profil kandungan gula, jumlah kandungan fenolik dan kapasiti antioksidan dikaji untuk melihat perbezaan di antara dua sampel madu Kelulut ini. Manakala, perlindungan sel dan integriti genom ditentukan melalui asai MTT dan asai Komet beralkali. Ekspresi protein PARP yang terlibat dalam pembaikpulih DNA juga dikaji menerusi kaedah pemblotan imun sel limfoblastik B, WIL2-NS. Kandungan gula utama yang terdapat di dalam madu Kelulut merupakan fruktosa dan glukosa. Kandungan fenolik pula berbeza (p<0.001) antara dua sampel madu iaitu 153.8 + 0.17 mg GAE / kg madu mentah (Tasik Kenyir) dan 114.1 + 0.20 mg GAE / kg madu mentah (Tampoi). Sementara itu, aktiviti penghalang radikal adalah 34.04% (Tasik Kenyir) dan 33.64% (Tampoi, Kedah) menggunakan asai DPPH (p>0.05). Bagi asai FRAP pula, madu dari Tasik Kenyir mempunyai aktiviti yang lebih signifikan iaitu (206.771 + 1.75) µM Fe (II) / 100g madu berbanding dari Tampoi, Kedah iaitu (156.060 + 2.18) µM Fe (II) / 100g madu (p<0.001). Terdapat korelasi yang signifikan (r=0.9, p<0.001) antara jumlah kandungan fenolik dan kapasiti antioksidan di dalam kedua- dua madu. Kedua-dua sampel madu memberi kesan perlindungan kepada sel WIL2-NS yang diaruh dengan hidrogen peroksida pada kepekatan madu 0.1% (Tampoi), 0.2% (Tasik Kenyir dan Tampoi), 0.4% (Tasik Kenyir dan Tampoi) dan 0.8% (Tasik Kenyir dan Tampoi) berbanding kawalan (p<0.001). Selain itu, keputusan asai Komet beralkali menunjukkan sel WIL2-NS yang diaruh dengan hidrogen peroksida dan dirawat dengan madu daripada Tasik Kenyir mempunyai momen ekor yang lebih pendek dan intensiti ekor yang lebih rendah (TM-0.86 + 0.13; TI- 4.33 + 0.93) berbanding Tampoi, Kedah (TM-2.33 + 0.27; TI- 11.47 + 2.05) apabila dibandingkan dengan kawalan positif (TM- 81.87 + 1.08; TI- 84.34 + 2.05) (p<0.001). Ekspresi PARP yang lebih rendah daripada kawalan turut menunjukkan kesan perlindungan DNA oleh madu Kelulut ke atas sel WIL2- NS aruhan hidrogen peroksida. Terdapat perbezaan antara kedua-dua sampel madu yang digunakan di mana madu Kelulut dari Tasik Kenyir menunjukkan kandungan fenolik dan antioksidan yang lebih tinggi daripada sampel Tampoi. Namun begitu, kedua-dua sampel madu mampu menghalang sel WIL2-NS dari kesan sitotoksik dan genotoksik aruhan hidrogen peroksida. Kajian ini menunjukkan bahawa komposisi fisiokimia berbeza mengikut keadaan geografi dan madu Kelulut mempunyai potensi untuk menghalang kerosakkan sel dan berupaya melindungi integriti genom sel. Madu Kelulut berpotensi untuk digunakan sebagai makanan fungsian untuk mengurangkan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit degeneratif.,Sarjana Sains Kesihatan (Pemakanan) |
Pages: | 145 |
Call Number: | WA712.M251p 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116073+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.