Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460297
Title: | Penilaian biokimia dan histologi argus yang diberi diet tinggi kolestrol dan ekstrak etanol buah Splanum torvum (Terung pipit) |
Authors: | Siti Sarah Udzir (P29897) |
Supervisor: | Nor Fadilah Rajab, Dr. |
Keywords: | Food Formulated Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Jul-2008 |
Description: | Diet tinggi kolesterol telah dikaitkan dengan paras lipid darah yang tinggi, iaitu salah satu faktor risiko pelbagai penyakit kronik. Selain daripada dadah dan terapi diet, tumbuhan dan herba juga dikaji sebagai agen hipolipidemik yang berpotensi. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai keberkesanan ekstrak buah Solanum torvum dalam mengatasi keadaan hiperkolesterolemia pada argus jantan. Enam kumpulan argus jantan Hartley diberi diet normal atau diet tinggi kolesterol (2%) berserta ekstrak etanol S. torvum (50 mg/kg BW), Atorvastatin (10 mg/kg BW) atau salin normal (0.9% NaCl) setiap hari selama enam minggu. Analisa biokimia dan histologi dilakukan ke atas plasma dan hepar. Kolesterol jumlah (TC), lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) dan rendah (LDL) dalam plasma argus yang diberi diet tinggi kolesterol meningkat dengan signifikan (p<0.01), tetapi bukan trigliserida (TG, p=0.238). Rawatan ekstrak S. torvum menurunkan TC, LDL dan TG dengan signifikan (p<0.01) manakala HDL tidak berubah (p=0.375). Kandungan bahan yang terhasil daripada peroksidasi lipid iaitu malondialdehid (MDA) yang lebih tinggi dengan signifikan (p<0.01) di dalam kumpulan diet kolesterol berbanding diet normal, menurun di dalam haiwan yang diberi rawatan S. torvum. Kumpulan ini juga menunjukkan pengurangan yang signifikan (p<0.01) di dalam peratusan sel limfosit yang mengalami kerosakan DNA. Sebaliknya, peningkatan dilihat di dalam aktiviti enzim superoksida dismutase (SOD) plasma argus yang diberi ekstrak. Rawatan ekstrak juga meningkatkan paras nitrik oksida (NO) dengan signifikan (p<0.01). Berbeza dengan paras TG hepar yang tinggi, TC hepar sangat rendah di dalam semua kumpulan. Kandungan MDA hepar menunjukkan corak serupa dengan MDA plasma, tetapi SOD hepar kumpulan diet normal lebih tinggi berbanding diet kolesterol. Pemerhatian histologi menunjukkan kehadiran deposit lipid yang banyak di dalam tisu hepar dan aorta argus diet kolesterol dan jumlahnya berkurangan dengan rawatan ekstrak S. torvum. Kesimpulannya, ekstrak buah S. torvum menunjukkan potensi memberangsangkan dalam menurunkan paras lipid, peroksida lipid dan memulihkan kerosakan DNA dalam keadaan hiperkolesterolemik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 113 |
Call Number: | WB447.S622p 2008 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114367+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.