Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460288
Title: Tahap dan minat terhadap aktiviti fizikal serta hubungannya dengan status antropometri dan komposisi tubuh dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Kuala Lumpur
Authors: Wu Suet Kei (P83848)
Supervisor: Poh Bee Koon, Prof. Dr.
Keywords: Komposisi tubuh
Kanak-kanak
Antropometri
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Feb-2019
Description: Tahap aktiviti fizikal telah dikaitkan dengan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak. Kajian keratan rentas ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap aktiviti fizikal dan minat terhadap aktiviti fizikal serta hubungannya berkaitan dengan status antropometri dan komposisi tubuh dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun di Kuala Lumpur. Seramai 219 orang kanak-kanak (105 lelaki dan 114 perempuan) telah direkrutkan dengan kaedah persampelan bertujuan. Pengukuran anthropometri termasuk berat badan, ketinggian, ketinggian semasa duduk, ukur lilit pinggang, kelebaran lutut dan kelebaran pergelangan tangan diambil manakala indeks jisim tubuh (IJT), nisbah ukur lilit pinggang dan ketinggian (WHtR), indeks kelangsingan dan ukuran kaki relatif telah ditentukan melalui pengiraan. Komposisi tubuh diukur dengan kaedah pencairan deuterium oksida. Soal selidik minat kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal (CAPA) dan tahap aktiviti fizikal (PAQ-C) pula dilaporkan oleh kanak-kanak dengan bantuan ibu bapa. Min untuk umur adalah 9.0 ± 1.1 tahun. Min berat badan, ketinggian, peratus lemak dan IJT adalah 30.1 ± 9.2 kg, 131.9 ± 8.8 cm, 31.8 ± 7.9 % dan 17.04 ± 3.59 kg/m2 masing-masing. Seramai 24.7% subjek dikategori sebagai kurang aktif, 50.2% sebagai sederhana aktif dan 25.1% adalah aktif dengan purata skor aktiviti fizikal sebanyak 2.31 (1.95, 2.74) dan skor CAPA sebanyak 3.40 (3.00, 3.80). Hasil kajian menunjukkan IJT (r=-0.255, p<0.05), peratus lemak (r=-0.243, p<0.05) dan jisim lemak (r=-0.271, p<0.05) subjek India berkorelasi secara signifikan dengan tahap aktiviti fizikal masing-masing. Namun begitu, hanya subjek Melayu yang mempunyai korelasi positif yang signifikan antara minat terhadap aktiviti fizikal dengan tahap aktiviti fizikal (r=0.376, p<0.05). Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa, minat kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal (β=0.231, p<0.05) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada tahap aktiviti fizikal dalam kajian ini termasuklah subskala kesukaan terhadap permainan dan sukan (LGS) (β=0.159, p<0.05), kesukaan terhadap aktiviti berintensiti tinggi (LVPA) (β=0.146, p<0.05) serta penerimaan rakan sebaya (PAGS) (β=0.145, p<0.05) setelah mengambil kira jantina dan kumpulan etnik. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan hubungan antara minat terhadap aktiviti fizikal dengan tahap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Justeru, minat kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal mungkin antara faktor penting dalam peningkatan tahap aktiviti fizikal dalam kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 166
Call Number: QT256.W959t 2019 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105428+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.