Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460268
Title: | Pembangunan aras rujukan dos pediatrik tempatan tomografi berkomputer (CT) di Jabatan Pengimejan Diagnostik Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur |
Authors: | Bistamin bin Halid (P78235) |
Supervisor: | Akmal Sabaruddin, Dr. |
Keywords: | Tomografi berkomputer (CT) Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-May-2018 |
Description: | Kecanggihan teknologi pemeriksaan tomografi berkomputer (CT) telah banyak membantu dalam mendiagnosis penyakit pesakit dengan tepat dalam dunia perubatan. Walau bagaimanapun nilai dos CT yang tinggi berbanding mesin x-ray lain telah melahirkan kebimbangan dikalangan pesakit dan masyarakat. Sehubungan dengan itu, penanda aras yang dinamakan Aras Rujukan Dos (DRL) telah dibangunkan untuk memantau dos radiasi pemeriksaan CT di seluruh dunia. Di Malaysia, hanya DRL untuk pesakit dewasa sahaja telah dibangunkan. Objektif kajian adalah untuk membangunkan Aras Dos Rujukan Tempatan (LDRL) berdasarkan indikator dos (isipadu CTDI (CTDIvol) dan produk jarak dos (DLP)) khusus untuk pesakit pediatrik di Hospital Kuala Lumpur. Kajian dijalankan secara retrospektif yang melibatkan seramai 135 orang pesakit dan dibahagikan mengikut pemeriksaan CT kepala, dada dan abdomen pada kumpulan umur, 0-<2, 2-<6, 6-<11 dan 11-<16 tahun. Protokol pemeriksaan CT dan nilai indikator dos direkod dari paparan panel kawalan. Seterusnya nilai dos kajian dibandingkan dengan nilai DRL dari negara lain. Hasil kajian mendapati keseluruhan nilai dos CTDIvol dan DLP adalah lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain kecuali CTDIvol untuk kumpulan umur 6-<11 tahun dan 11-<16 tahun pemeriksaan kepala menghasilkan sebanyak 70.0 mGy lebih tinggi daripada negara lain. Nilai DLP bagi pemeriksaan kepala untuk kumpulan 6-<11 tahun (1630 mGy.cm) dan 11-<16 tahun (1770 mGy.cm) turut melebihi negara lain. Dos efektif untuk keseluruhan kajian berada dalam julat 1.3 ± 0.3 mSv hingga 5.5 ± 1.9 mSv. Kesimpulannya, nilai dos CTDIvol dan DLP kajian adalah optimum kecuali untuk kumpulan umur 6-<16 tahun pemeriksaan kepala yang memberikan gambaran bahawa adanya ruang untuk penambahbaikan agar nilai CTDIvol dan DLP berkonsepkan ALARA tercapai.,Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 79 |
Call Number: | WN206.B623p 2018 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99858+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.