Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460267
Title: Kesan ekstrak akues daun canarium odontophyllum miq. terhadap sistem imun tikus diabetes aruhan streptozotosin
Authors: Shafikha binti Mohd Saari (P72982)
Supervisor: Nor Malia Abd Warif, Dr.
Keywords: Diabetes
Hiperglisemia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Feb-2018
Description: Diabetes melitus jenis 1 adalah penyakit kronik yang dicirikan dengan hiperglisemia disebabkan oleh kekurangan insulin. Hiperglisemia merupakan faktor utama gangguan sistem imun yang menyebabkan pesakit diabetes lebih mudah mendapat infeksi. Daun Canarium odontophyllum terbukti mempunyai kandungan fitokimia yang berpotensi sebagai agen antibakteria dan antikanser. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak akues daun C. odontophyllum (CO) terhadap sistem imun tikus diabetes aruhan streptozotosin (STZ). Tikus Sprague Dawley jantan diaruh menjadi diabetes dengan suntikan tunggal 65 mg/kg STZ secara intraperitoneum. Rawatan dengan ekstrak akues CO (300 mg/kg/hari) diberikan secara gavaj oral selama 28 hari. Limpa diambil untuk menentukan bilangan limfosit menggunakan sitometri aliran; dan menentukan fungsi limfosit menggunakan asai proliferasi in vitro dan pengesanan sitokin. Hasil kajian menunjukkan rawatan dengan ekstrak CO menurunkan aras glukosa darah tikus diabetes secara signifikan (p<0.05). Peratus limfosit T CD3+ CD4+ dalam tikus diabetes didapati lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding tikus kawalan. Namun, tiada perubahan yang signifikan pada peratus limfosit T CD3+ CD4+ antara kumpulan diabetes yang dirawat CO dengan kumpulan diabetes tanpa rawatan. Peratus limfosit T CD3+ CD8+, limfosit T CD4+ CD25+ dan limfosit B CD45RA+ kekal hampir sama antara kesemua kumpulan kajian. Penilaian fungsi sel limpa yang dirangsang dengan rangsangan Concanavalin A dan lipopolisakarida menunjukkan peningkatan kadar proliferasi sel yang signifikan (p<0.05) pada tikus diabetes berbanding dengan tikus kawalan. Namun begitu, kadar proliferasi sel dalam tikus diabetes yang dirawat CO tidak berbeza berbanding tikus diabetes tanpa rawatan. Sementara itu, penghasilan aras IFN-γ tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara kesemua kumpulan kajian. Pemerhatian histologi limpa menunjukkan tiada perubahan patologi berlaku pada kesemua kumpulan kajian. Kesimpulannya, ekstrak akues daun C. odontophyllum mempunyai aktiviti antihiperglisemik tetapi tidak berpotensi memperbaiki sistem imun tikus teraruh diabetes selepas 28 hari.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 95
Call Number: QW504.S525k 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99857+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.