Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460266
Title: Keberkesanan program H.E.B.A.T!™ : kajian rintis intervensi pemakanan dan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah
Authors: Hanee Fakhrurazi (P59431)
Supervisor: Ruzita Abd Talib, Prof Dr.
Keywords: Pemakanan
Obesiti
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Sep-2016
Description: Program H.E.B.A.T!™ (Healthy Eating and Be Active Trend!) adalah program intervensi yang dibangunkan untuk menangani masalah berlebihan berat badan dan obes dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Program ini merupakan kajian rintis berbentuk quasi-eksperimental. Modul H.E.B.A.T!™ memfokuskan kepada pendidikan pemakanan dan penggalakkan aktiviti fizikal yang melibatkan ibubapa dan pihak sekolah. Ia disampaikan kepada pelajar dalam bentuk aktiviti berkumpulan dengan bantuan fasilitator terlatih melalui dua siri kem 3-hari-2-malam yang dinamakan Kem H.E.B.A.T!™. Manakala modul untuk ibubapa disampaikan dalam satu Program Ibu Bapa H.E.B.A.T!™ yang dijalankan selama setengah hari. Keberkesanan modul intervensi ini dinilai berdasarkan kepada perubahan pengukuran antropometri yang merangkumi ukurlilit pinggang peratusan lemak dan nilai skor-Z IJT-untuk-umur, manakala aktiviti fizikal diukur melalui perubahan kiraan langkahan pedometer dan perubahan pengambilan tenaga serta makronutrien dari makanan harian. Dua buah sekolah kebangsaan di Sungai Petani, Kedah telah dipilih secara rawak sebagai kumpulan intervensi (KI) dan kumpulan kawalan (KK). Seramai 95 orang subjek telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan universal (KI = 47 orang; KK= 48 orang) berdasarkan rangka sampel pelajar tahun 5 yang berlebihan berat badan dan obes. Sebulan sebelum intervensi bermula, data asas subjek kajian diambil iaitu demografi, antropometri, rekod pengambilan makanan untuk 3-hari dan kiraan langkahan yang diukur melalui pedometer. Ibubapa dan subjek kumpulan intervensi mengikuti Modul H.E.B.A.T!™ manakala tiada program dijalankan untuk ibu bapa dan subjek kumpulan kawalan. Data pos-intervensi diambil sebanyak dua kali iaitu selepas satu bulan dan selepas tiga bulan program intervensi dijalankan. Data asas menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi status antropometri, purata langkah/hari dan tenaga serta makronutrien antara KI dan KK. Hasil kajian menunjukkan kesan intervensi yang signifikan terhadap penurunan pada skor-Z IJTuntuk- umur bagi KI sepanjang program di mana penurunan sebanyak 0.12 unit [F: 12.87 (1.6, 152.2), p<0.001], ukurlilit pinggang 1.47 cm [F:38.72 (1.4, 129.4); p<0.001] dan peratusan lemak badan iaitu sebanyak 4.81% [F: 10.83 (1.7, 157.2), p<0.001] pada subjek KI berbanding KK. Terdapat kesan intervensi yang signifikan pada kiraan langkah iaitu peningkatan sebanyak 11.1% [F: 22.96 (2, 186), p<0.001] dan penurunan pengambilan tenaga sebanyak 711 kalori [F:65.89 (1.6, 137.6), p<0.001] dalam kalangan subjek K1. Kesimpulannya, hasil kajian rintis ini menunjukkan Modul Program H.E.B.A.T!™ memberi kesan positif ke atas skor-Z IJT-untuk-umur, ukurlilit pinggang, peratusan lemak badan, kiraan langkahan pedometer serta pengambilan tenaga subjek KI. Kajian rintis Program H.E.B.A.T!™ membuktikan ia berfaedah dan boleh dilaksanakan dalam skala yang lebih besar bagi menguji keberkesanannya dengan lebih lanjut.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 238
Call Number: WA20.5.H237k 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99847+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.