Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460264
Title: | Penilaian analog nukleosida sebagai potensi perencat virus denggi serotaip 2 (denv-2) |
Authors: | Kiroshika Pillai a/p Veel Pillay (P72297) |
Supervisor: | Jacinta Santhanam, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Denggi Nyamuk Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jan-2017 |
Description: | Virus denggi (DENV) merupakan penyebab demam denggi (DF) dan juga merupakan penyakit bawaan vektor nyamuk yang sangat berkembang. Sehingga kini, tiada ubatan antiviral yang dilesenkan untuk digunakan dalam rawatan DF. Baru-baru ini, sejenis vaksin, Dengvaxia telah diluluskan penggunaanya di Mexico, Brazil dan Filipina, tetapi masih belum digunakan secara meluas di serata dunia terutamanya Malaysia. Maka, rawatan untuk penyakit DF hanya bergantung kepada terapi sokongan intensif. Dalam usaha mencari ubatan antiviral yang dapat digunakan dalam rawatan DF, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan antiviral analog nukleosida terpilih secara in-vitro. Analog nukleosida yang dikaji terdiri daripada famciclovir, adefovir dipivoxil, cidofovir, valganciclovir, stavudine, aciclovir dan lamivudine. Analog nukleosida dipilih berdasarkan interaksi yang baik antara analog dengan enzim replikasi virus denggi dalam satu kajian pemodelan komputer. Sebelum mengkaji kesan antiviral analog nukleosida, sitotoksisiti analog nukleosida tersebut dikaji dalam sel selanjar green monkey kidney cell line (VERO) dengan menggunakan asai MTT [(3-(4, 5-Dimethylthiazol-2-yl)-2, 5-diphenyltetrazolium bromide]. Daripada tujuh analog nukleosida yang diuji, adefovir dipivoxil menunjukkan ketoksikan yang agak tinggi terhadap sel pada kepekatan melebihi 100 uM dengan hanya 20 - 40 % sel sahaja yang hidup selepas rawatan. Oleh itu, adefovir dipivoxil telah diasingkan daripada ujian asai penurunan plak. Aciclovir didapati toksik kepada sel-sel pada kepekatan melebihi 500 uM pada semua selang masa manakala lamivudine adalah toksik pada kepekatan melebihi 500 uM pada selang masa pengeraman 72h. Famciclovir, cidofovir, valganciclovir dan stavudine didapati menunjukkan sitotoksisiti yang rendah, kurang daripada 50% pada semua kepekatan. Oleh itu, famciclovir, cidofovir, lamivudine, valganciclovir, stavudine dan aciclovir kemudiannya diuji dalam asai penurunan plak. Dalam asai ini, ribavirin digunakan sebagai kawalan positif. Sel selanjar Vero dijangkitkan dengan virus DENV-2 pada multiplicity of infection (MOI) bernilai 0.4 dan dirawat dengan analog nukleosida pada kepekatan yang berbeza. Plak virus yang terbentuk diperhati dan dikira selepas tujuh hari pengeramam. Keputusan menunjukkan bahawa semua analog nukleosida yang dikaji merencatkan replikasi virus sebanyak 2-21% dengan valganciclovir dan stavudine menunjukkan perencatan antara 6-21%. Oleh yang demikian, valganciclovir dan stavudine mempunyai potensi untuk digunakan dalam rawatan jangkitan demam denggi.,Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 118 |
Call Number: | WC528.K59p 2017 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99844+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.