Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460263
Title: Penilaian fungsi dan prestasi osteogenesis perancah tulang nanobiokomposit alginat/serbuk nano cangkerang kerang dengan BMP-2
Authors: Nurnadiah binti Ahmad (P84008)
Supervisor: Hemabarathy Bharatham, Dr. B.
Keywords: Perancah
Tisu tulang
Osteogenesis
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jan-2018
Description: Penambahbaikan perancah di dalam kejuruteraan tisu tulang memainkan peranan penting dalam menentukan keberhasilan penyembuhan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fungsi dan prestasi perancah tulang nanobiokomposit alginat/serbuk nano cangkerang kerang yang dibentuk sebelum ini dengan kehadiran faktor pertumbuhan protein tulang morfogenetik-2 (BMP-2). Struktur morfologi dan keliangan perancah dianalisis menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM) dan dibahagikan kepada kumpulan BMP-2 (dengan BMP-2) dan kawalan (tanpa BMP-2) untuk kajian mineralisasi perancah, penilaian in vitro dan in vivo. Sel osteoblas (MC3T3-E1 subclone 4) dikultur pada perancah selama 1, 7 dan 14 hari untuk analisis bioserasi dan interaksi selular. Kajian in vivo dijalankan dengan mengimplantasi perancah secara subkutan di bahagian dorsum 20 ekor mencit jantan ICR albino selama 2 dan 4 minggu untuk penilaian histologi dan biokimia. Pemerhatian awal mikroskop elektron imbasan (SEM) pada struktur perancah menunjukkan purata saiz liang yang ideal 180.07 ± 9.26 µm, sesuai untuk pertumbuhan tulang baru. Kajian mineralisasi permukaan perancah menunjukkan kehadiran plat kristal apatit kalsium yang disahkan melalui pengesanan kehadiran elemen kalsium dan fosforus pada kedua-dua kumpulan. Pemerhatian in vitro SEM menunjukkan perubahan pada permukaan perancah dengan kehadiran elemen mineralisasi pada hari ke 7 dan serat kolagen pada hari ke 14 pada perancah BMP-2 berbanding kawalan. Peningkatan signifikan (p<0.05) pada aras kalsium dan aktiviti alkalin fosfatase (ALP) diperhatikan pada perancah BMP-2 pada hari ke 7 berbanding kawalan, membuktikan peningkatan dalam prestasi osteokonduktif perancah BMP-2. Kajian in vivo menunjukkan peningkatan signifikan (p<0.05) dalam skor histologi untuk sel inflamasi, degradasi perancah, dan pembentukan saluran darah baru pada minggu ke 4 berbanding minggu ke 2 untuk perancah BMP-2. Analisis ALP menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) pada minggu ke 4 berbanding minggu ke 2 pada perancah BMP-2. Aras kalsium menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) pada minggu ke 2 dan 4 pada perancah BMP-2 berbanding kawalan. Kesimpulannya, BMP-2 membantu meningkatkan fungsi dan prestasi perancah dengan mempercepatkan tindak balas selular yang dapat meningkatkan osteogenesis.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 158
Call Number: WE202.N974p 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99841+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.