Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460260
Title: Keberkesanan gabungan tarian poco-poco dan relaksasi bagi meningkatkan fungsi kognitif, keseimbangan fungsian, kualiti hidup, dan kesejahteraan psikologi warga emas yang mengalami kecelaan kognitif
Authors: Dina binti Adam (P68012)
Supervisor: Hjh Ayiesah Binti Hj Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kecelaan kognitif
Warga emas
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jun-2017
Description: Kecelaan kognitif dalam kalangan warga emas menjejaskan fungsi kognitif, keseimbangan fungsian, kualiti hidup, dan meningkatkan keresahan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan terapi tarian berbanding terapi relaksasi dalam meningkatkan fungsi kognitif, keseimbangan fungsian dan kualiti hidup, serta meningkatkan kesejahteraan psikologi melalui pengurangan keresahan dalam kalangan warga emas yang mengalami kecelaan kognitif. Kajian kuasi-eksperimen dilaksanakan terhadap 84 warga emas di institusi yang mengalami kecelaan kognitif. Empat puluh empat subjek mengikuti terapi tarian Poco-poco dan relaksasi (Kumpulan Intervensi–IG), manakala 40 subjek lagi menjalani terapi relaksasi (Kumpulan Kawalan–CG), dua kali seminggu selama enam minggu. Petunjuk hasil intervensi termasuklah Mini Mental State Examination (MMSE) bagi menentukan fungsi kognitif, Quality of Life-Alzheimer Disease (QOL-AD) bagi menilai kualiti hidup, Timed Up and Go (TUG) menilai keseimbangan fungsian, dan skala Hospital Anxiety and Depression (HADS) bagi menafsir tahap keresahan dan kemurungan. Hasil daripada ujian ANOVA berulang, terdapat interaksi kumpulan*masa yang signifikan dalam gabungan pembolehubah fungsi kognitif (MMSE), [F2,164=60.19, p<0.05, separa η2=0.42, ∆x̄ IG=2.9, ∆x̄ CG=-1.4]; aktiviti fungsi (FAQ), [F2,164=43.63, p<0.05, separa η2=0.35, ∆x̄ IG=-4.5, ∆x̄ CG=0.4]; tahap kemurungan (GDS), [F2,164=36.60, p<0.05, separa η2=0.31, ∆x̄ IG=-3.5, ∆x̄ CG=1.2]; kualiti hidup (QOL-AD), [F2,164=33.07, p<0.05, separa η2=0.29, ∆x̄ IG=4.4, ∆x̄ CG=-2.8]; keseimbangan fungsian (TUG), [F2,164=78.21, p<0.05, separa η2=0.49, ∆x̄ IG=-3.1, ∆x̄ CG=0.3]; tahap keresahan (HADS-A), [F2,164=28.06,p<0.05, separa η2=0.26, ∆x̄ IG=-3.1, ∆x̄ CG=1.4], dan tahap kemurungan (HADS-D), [F2,164=44.42, p<0.05, separa η2=0.35, ∆x̄ IG=-3.9, ∆x̄ CG=1.3].Kesimpulannya, terapi tarian Poco-poco menghasilkan peningkatan yang dikehendaki terhadap fungsi kognitif, aktiviti fungsian dan keseimbangan, kualiti hidup subjek, dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan responden yang mengalami kecelaan kognitif. Adalah satu keperluan untuk memperkenalkan tarian Poco-poco sebagai alternatif senaman dalam kalangan warga emas yang mengalami kecelaan kognitif di institusi bagi meningkatkan kesihatan mental dan fizikal mereka kerana ia ringkas, murah dan tidak memerlukan peralatan.,Sarjana Sains Bioperubatan
Pages: 159
Call Number: WM425.5.C6D583k 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99820+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.