Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460258
Title: | Kandungan dan jenis gula dalam kuih dan minuman terpilih serta kaitannya dengan status berat badan dalam kalangan dewasa di Lembah Klang |
Authors: | Sharifah Azizah binti T. Ngah (P55419) |
Supervisor: | Samsudin A.Rahim, Prof. Dr. |
Keywords: | Cookery |
Issue Date: | 2-Sep-2013 |
Description: | Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah lanskap industri media dan mencipta persekitaran media yang kompetetif di kalangan media massa dan media baharu. Dengan kewujudan persekitaran media baru, terdapat keperluan untuk mengkaji semula pemahaman mengenai kredibiliti media. Kerana itu tujuan utama kajian ini dilakukan ialah bagi membina dan mengesahkan instrumen kredibiliti media yang baharu. Selain itu, kajian juga ingin membuktikan hubungan di antara penggunaan media dan persepsi media dengan kredibiliti media. Seterusnya kajian ini mengenalpasti faktor-faktor yang mempunyai pengaruh terhadap penyertaan pendapat khalayak dalam persekitaran media baharu. Data kajian dikumpul menerusi borang soalselidik yang diedar kepada 210 responden berumur di antara 20 hingga 70 tahun. Kerja lapangan dilakukan di antara 10 hingga 19 September 2012 dalam kalangan penduduk di Mukim Kajang, yang terletak dalam daerah Ulu Langat, Selangor. Analisis data kemudian membahagikan responden kepada dua kategori bagi tujuan perbezaan dapatan, iaitu responden yang berumur di bawah 30 tahun dan 30 tahun dan ke atas. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua dimensi kredibiliti media; kredibiliti medium dan kredibiliti berita. Responden menilai kredibiliti medium lebih positif berbanding kredibiliti berita dan menghabiskan lebih banyak masa bagi penggunaan media baharu berbanding media tradisional seperti akhbar dan televisyen. Analisis terperinci menunjukkan persepsi media mempunyai hubungan yang signifikan dengan kredibiliti medium, tetapi tidak dengan kredibiliti berita. Penggunaan media pula menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dengan kedua-dua dimensi kredibiliti media. Walaubagaimanapun, kredibiliti medium bukanlah penunjuk utama bagi penyertaan pendapat responden. Sebaliknya, penggunaan media merupakan penunjuk yang signifikan bagi penyertaan pendapat. Namun dapatan itu hanya dalam kalangan responden yang menggunakan media baharu dan berumur di bawah 30 tahun. Manakala bagi yang berumur 30 tahun ke atas, tiada hubungan yang signifikan ditemui di antara penggunaan media dengan penyertaan pendapat bagi kesemua jenis media.,Master/Sarjana |
Pages: | 159 |
Call Number: | WD212.S531k 2013 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76846+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.