Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460257
Title: | Development of risk detection model through an active surviellance approach for work related musculoskeletal disorders among linemen population working in Klang Valley Malaysia |
Authors: | Vinothini Padmanathan (P72301) |
Supervisor: | Baharuddin Omar, Prof Dr. |
Keywords: | Linemen Muskuloskeletal Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Mar-2017 |
Description: | Linemen mempunyai risiko untuk mendapat gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja Work Related Musculoskeletal Disorders (WRMDs) kerana corak tugas mereka. Walau bagaimanapun, pada masa kini tiada model pengesanan risiko yang dicipta untuk mencegah gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja dalam kalangan linemen. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu model pengesanan risiko untuk mencegah WRMDs di kalangan populasi linemen dengan melaksanakan pendekatan pengawasan aktif. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan dalam kalangan pekerja linemen di sebuah syarikat utiliti elektrik negara di Lembah Klang, Malaysia. Soal selidik Nordic telah digunakan untuk mengenal pasti kadar prevalens. Soal selidik Malay Version Job Content Questionnaire (M-JCQ), Soal Selidik Quick Exposure Checklist (QEC) dan penilaian kecergasan fizikal telah dijalankan untuk mengenal pasti faktor risiko seperti fizikal, individu dan psikososial yang berkaitan dengan WRMDs di lapan kawasan tubuh yang berbeza dalam kalangan linemen. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan (SPSS versi 21) iaitu statistik deskriptif untuk mengenal pasti kadar prevalen WRMDs dalam kalangan linemen dan ujian regresi logistik untuk mengenal pasti faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan WRMDs. Model ramalan untuk WRMDs bagi setiap kawasan tubuh telah dibina berdasarkan kepada semua faktor risiko yang dikenal pasti. Keputusan ujian telah menunjukkan kadar prevalans WRMDs yang tinggi di kawasan tubuh berikut ; badan belakang (82.9%) dan bahu (72.4%) di kalangan linemen. Faktorfaktor risiko seperti body weight (OR: 1.95), history of smoking (OR: 2.8), back muscle strength (OR: 0.58), hamstring fleksibility ( OR : 0.65), vibration exposure (OR: 4.5), back static exposure (OR : 1.6) dan deciison laitude score (OR : 0.556) adalah signifikan dengan sakit bahu di kalangan linemen. History of smoking ( OR: 1.53), hand strength (OR : 0.75), arm strength (OR: 0.55), shoulder strength (OR: 0.44) dan vibration exosure (OR : 6.11) ditemui kognitif untuk berlakunya sakit bahu. Faktor-faktor risiko lain seperti driving (OR; 1.78), dan usia (OR: 4.45) adalah signifikan dengan kekerapan sakit siku dan sakit di pergelangan kaki di kalangan pekerja linemen. Empat model ramalan untuk mengesan WRMDs di bahagian belakang, bahu, siku dan pergelangan kaki telah dibangunkan. Kesimpulannya kadar prevelan WRMDs adalah tinggi dalam kalangan linemen dan melibatkan beberapa bahagian tubuh. Model ramalan ini mungkin boleh digunakan sebagai model awal untuk mengenal pasti dan mencegah WRMDs dalam kalangan linemen. Pencegahan dan pengenalpastian WRMDs yang awal di kalangan linemen akan membantu dalam mengurangkan kos pampasan perubatan dan akhirnya akan membantu dalam meningkatkan kualiti hidup pekerja linemen.,Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 159 |
Call Number: | WE20.V788d 2017 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99816+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.