Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460254
Title: Menentukan kebolehpercayaan dan kesahan ujian penilaian bahasa kanak-kanak prasekolah Melayu (MPLAT©) versi ringkas : satu perbandingan dengan MPLAT© versi panjang / diagnostik
Authors: Norlenawati binti Hj. Mohd Yusuf (P60303)
Supervisor: Hjh Rogayah A Razak, Prof Madya Dr.
Keywords: Pertuturan
Bahasa
Kanak-kanak
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Sep-2017
Description: Masalah dan kelewatan pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah antara satu masalah yang paling kerap ditemui oleh terapis pertuturan-bahasa dalam tugas mereka seharian. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan MPLAT© versi ringkas (Ujian Bahasa Kanak-kanak Prasekolah Melayu) dibandingkan dengan MPLAT© versi lengkap. Alat ujian bahasa MPLAT (A Razak et al. 2010) direkabentuk untuk menilai kebolehan bahasa reseptif, bahasa ekspresif dan kemahiran literasi awal kanak-kanak Melayu prasekolah yang berumur antara 4;0-6;11. MPLAT© mengandungi enam subujian iaitu kosa kata bergambar, pemahaman tatabahasa, pengulangan ayat, makna berujukan, makna berhubungan dan kemahiran literasi awal. MPLAT© versi ringkas adalah sama seperti MPLAT© versi lengkap dari segi format dan bilangan subujian, akan tetapi bilangan item dalam setiap subujian versi ringkas hanya mempunyai satu perempat daripada bilangan item yang terdapat dalam versi lengkap (asal). Seramai 108 orang kanak-kanak prasekolah dibahagikan kepada enam kumpulan umur bersela enam bulan. Kesemua kanak-kanak ini dinilai dengan menggunakan MPLAT© versi ringkas dan versi lengkap. Nilai korelasi Pearson menunjukkan korelasi positif yang kuat bagi markah keseluruhan dan umur (r = 0.718, p< .01), dan korelasi positif sangat kuat pada kebolehpercayaan uji-uji semula (r = 0.881) bagi MPLAT© versi ringkas. Bagi korelasi versi lengkap didapati korelasi Spearman positif yang kuat bagi markah keseluruhan dan umur (r = 0.791, p<.01) dan korelasi Pearson positif yang sangat kuat untuk kebolehpercayaan uji-uji semula (r = 0.943). Cronbach Alpha telah menunjukkan ketekalan dalaman bagi MPLAT© versi lengkap (r = 0.972) dan versi ringkas (r = 0.929). Kedua-dua versi alat ujian MPLAT© ini selaras dan konsisten isi kandungannya. Tiada perbezaan yang ketara didapati di antara subjek lelaki dan subjek perempuan dalam prestasi bahasa dan literasi mereka (p<0.05, t = 0.399, df = 106). Kesahan muka telah dilakukan oleh lima guru-guru yang terpilih. MPLAT© versi ringkas adalah alat yang sangat sesuai digunakan untuk menyaring masalah bahasa di kalangan murid-murid prasekolah Melayu di Malaysia. Dapatan dari kajian ini juga turut menyumbang kepada guru dan terapis pertuturan bahasa bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan organisasi profesional serta pusat intervensi dan hospital swasta yang bertugas memantau kanak-kanak yang berisiko dalam permasalahan dan keceluaran bahasa di tahap awal prasekolah.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 150
Call Number: WL340.2.N841m 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99547+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.