Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460252
Title: | Kemahiran kesedaran fonologi dan kemahiran literasi murid-murid cina dwibahasa yang mempelajari bahasa Inggeris - bahasa Melayu di Sekolah Rendah Kebangsaan di Lembah Klang |
Authors: | Chan Sheok Ee (P60269) |
Supervisor: | Rogayah A. Razak, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Fonologi Kanak-kanak Literasi Membaca Menulis Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Sep-2017 |
Description: | Kemahiran kesedaran fonologi kanak-kanak adalah kemahiran penting dalam menguasai kemahiran literasi iaitu kemahiran membaca dan menulis. Kelemahan dalam kemahiran kesedaran fonologi boleh menyumbang kepada kesukaran membaca dan menulis. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan kemahiran literasi dan kemahiran kesedaran fonologi dalam kalangan murid-murid Cina sekolah rendah kebangsaan tahap satu yang mempelajari bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM). 78 orang subjek yang berumur 7 hingga 9 tahun telah dipilih dan dikategorikan kepada kategori 'pembaca baik' (n=44) dan 'pembaca lemah' (n=34) berdasarkan keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Subjek diuji dengan ujian kemahiran literasi dan kemahiran kesedaran fonologi dwibahasa BI-BM yang telah diadaptasikan daripada Manisah (2001). Ujian ini terdiri daripada tiga aktiviti literasi dan sepuluh aktiviti kemahiran kesedaran fonologi. Secara keseluruhan, didapati faktor umur menunjukkan kesan yang signifikan (p<0.05) terhadap kemahiran literasi dan kemahiran kesedaran fonologi untuk kedua-dua bahasa dalam kalangan pembaca baik sahaja. Prestasi murid-murid berumur 9 tahun adalah lebih baik daripada muridmurid yang berumur 7 tahun. Keputusan kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan signifikan (p<0.01) dalam kemahiran literasi dan kemahiran kesedaran fonologi antara pembaca baik berbanding dengan pembaca lemah dalam kedua-dua bahasa. Pembaca baik menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam BI untuk kedua-dua kemahiran bagi semua umur. Pembaca lemah pula menunjukkan prestasi kemahiran literasi yang lebih baik dalam BM. Walaupun demikian, didapati kebanyakan subjek pembaca lemah mempunyai skor yang lebih baik dalam kemahiran kesedaran fonologi bagi BI. Terdapat korelasi positif yang signifikan (p<0.001) antara skor keseluruhan kemahiran kesedaran fonologi dengan skor keseluruhan kemahiran literasi bagi BI (rs=0.868) dan BM (rs=0.875). Analisis kesalahan menunjukkan kategori kesalahan penggantian, pengguguran, dan tiada respons merupakan kesalahan yang kerap dihasilkan dalam kemahiran literasi. Manakala kesalahan segmentasi, penggantian, rima, aliterasi, dan tiada respons pula kerap dilakukan dalam kemahiran kesedaran fonologi. Tahap kesukaran aktiviti seperti aktiviti pemencilan koda didapati lebih sukar daripada aktiviti pemencilan bunyi awal. Sistem ejaan BI-BM yang berbeza iaitu fonemik berbanding dengan silabik didapati mempengaruhi prestasi subjek. Malahan, terdapat percampuran kod dalam kedua-dua kemahiran disebabkan oleh unsur pemindahan bahasa daripada bahasa-bahasa latar subjek. Sifat bahasa iaitu berortografi cetek 'shallow' bagi BM dan berortografi dalam 'deep' bagi BI kelihatan turut mempengaruhi kemahiran literasi dan kemahiran kesedaran fonologi murid-murid tersebut.,Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 243 |
Call Number: | WS105.5.C8C454 2017 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99544+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.