Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460203
Title: Analisis tajuk nahu dalam struktur teks pilihan al-syariah tingkatan satu
Authors: Izan Mohd Yusoff (P101220)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Prof. Dr.
Keywords: Arabic language -- Study and teaching -- Malaysia
Arabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia
Arabic language -- Study and teaching -- Malay speakers
Arabic language -- Study and teaching -- Malaysia -- Foreign speakers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Feb-2022
Description: Pelajar Bahasa Arab sebagai bahasa kedua mempelajari Nahu dengan menggunakan buku nahu yang disusun oleh penutur jati Bahasa Arab. Isunya, terdapat perbezaaan keperluan belajar nahu antara pelajar bahasa kedua dan penutur jati. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keperluan tajuk nahu bahasa Arab untuk pelajar bahasa kedua dengan menganalisis tajuk nahu dalam struktur teks pilihan dari buku teks al- Syariah Tingkatan Satu (Kurikulum Dini). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif generik dan rekabentuk analisis kandungan, serta teks pilihan yang dipilih untuk dianalisis dalam buku itu ialah teks Isi Maklumat Penting.Dapatan kajian mendapati sebanyak 24 tajuk nahu terkandung dalam struktur ayat teks pilihan tersebut dan 24 tajuk ini diklusterkan kepada lima kluster. Kluster Al-Marfu'at, iaitu Al- Mubtada􀂶, Al- Khabar, Al-Fa'il, Naib Fa'il, Khabar Inna dan Fi'il Mudari'. Kluster Al- Mansubat, iaitu Al-Mafa'il, Istisna, Al-Hal, Isim Inna dan An- Mudmarah. Kluster Al- Majrurat, iaitu Isim Majrur, Mudaf Ilaih. Kluster Al-Mabniyyat (Al-Asmak dan Al- Af'al), iaitu Damir Muttasil, Isim Isharah, Isim Mausul, Zorof, Damir Munfasil dan Fi'il Madi. Kluster Al-Mabniyyat Al-Huruf iaitu Huruf Nafiah/Nahiah dan Huruf Nasab/Taukid. Manakala 'Ataf, Badal dan Na'at terdapat dalam ketiga-tiga kelompok utama Al-Marfu'at, Al-Mansubat dan Al-Majrurat. Kekerapan keutamaan tajuk nahu yang tertinggi ialah Idafah dan yang paling rendah ialah Naib Fa'il. Sekaligus, dapatan ini juga menunjukkan pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua semasa dalam bacaan mereka, mereka banyak berinteraksi dengan kluster tajuk-tajuk ini dan juga kekerapan keutamaan tajuk ini. Sekiranya mereka dapat menguasai kluster tajuk ini akan memudahkan kefahaman mereka semasa membaca teks Arab. Justeru kluster tajuk nahu ini dan kekerapan keutamaan tajuk ini perlu diambil kira dalam pembelajaran nahu Bahasa Arab untuk pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua.,Sarjana Pendidikan
Pages: 143
Call Number: PJ6068.M4.I993 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129828+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.