Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460196
Title: Amalan kepimpinan lestari guru besar dan hubungannya dengan sekolah berkesan di Sekolah Kebangsaan Zon Pudu, Kuala Lumpur
Authors: Nik Sasliza Nik Saberi (P96679)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Educational leadership
Primary school
Universiti Kebangsaan Malaysia Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Apr-2021
Description: Kepimpinan lestari yang efektif dilihat dapat mencetuskan amalan kepimpinan yang terkini dalam mencapai kecemerlangan di sekolah. Namun usaha dalam mengekalkan kecemerlangan pada tahap sekolah berkesan sentiasa terdapat kekangan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan lestari guru besar dan hubungannya dengan sekolah berkesan di Sekolah Kebangsaan Zon Pudu, Kuala Lumpur. Kajian ini turut mengkaji hubungan dan sumbangan amalan kepimpinan lestari guru besar terhadap sekolah berkesan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini meliputi semua guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Seramai 310 orang guru telah dipilih secara rawak sistematik sebagai sampel dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Hasil dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan lestari guru besar menurut persepsi guru adalah berada pada tahap tinggi (min= 4.20) di mana aspek yang tertinggi adalah dimensi budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru dengan nilai (min=4.48). Manakala tahap sekolah berkesan di Sekolah Kebangsaan Zon Pudu, Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana (min= 3.98) di mana aspek yang tertinggi adalah dimensi penumpuan terhadap pengajaran pembelajaran dengan nilai (min=4.13). Analisis ujian korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan lestari guru besar dengan sekolah berkesan dengan kekuatan yang kuat dengan nilai (r=0.856). Manakala bagi analisis regresi berganda mendapati keempat-empat dimensi dalam amalan kepimpinan lestari guru besar yang digunakan dalam kajian ini menyumbang kepada sekolah berkesan. Implikasi kajian ini, diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pihak KPM dalam mengambil inisiatif serta memperhalusi semula dasar pengambilan Pengetua/Guru Besar khususnya di sekolah-sekolah di Malaysia. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa amalan kepimpinan lestari guru besar mampu mempengaruhi pengekalan kecemerlangan di sekolah dalam menuju sekolah berkesan. Kesimpulannya, amalan kepimpinan yang berkesan perlu diamalkan oleh setiap pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi dalam mencapai kecemerlangan serta menuju ke arah sekolah berkesan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 202
Call Number: LB2806.N535 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127546+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.