Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460179
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.
dc.contributor.authorAbd. Wahab Abd Hamid (P96683)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:46Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:46Z-
dc.date.issued2021-02-15
dc.identifier.otherukmvital:126258
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460179-
dc.descriptionKemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah satu daripada elemen penting bagi memenuhi aspirasi murid sebagaimana dijelaskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan KBAT menerusi proses pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah rendah berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan pelaksanaan. Kajian ini juga mengkaji perbezaan tahap kesediaan berdasarkan jantina, kursus KBAT yang dihadiri dan pengalaman mengajar. Selain itu, kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan amalan pelaksanaan KBAT. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada pengkaji lepas. Seramai 112 orang guru pendidikan Islam sekolah rendah pedalaman di Zon Timur Sabah terlibat dalam kajian ini. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.95, sp=0.54) dan tahap kemahiran guru juga sederhana tinggi (min=3.86, sp=0.52). Seterusnya, tahap amalan pelaksanaan KBAT berada di tahap sederhana tinggi (min=3.77, sp=0.58). Ujian-t Sampel Bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina (t=0.183, sig=0.855), manakala terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan kursus KBAT yang dihadiri (t=2.017, sig=0.046). Analisis Ujian Anova Satu Hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar (F=0.589, sig=0.671). Selain itu, Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan amalan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah rendah. Implikasi kajian menunjukkan kejayaan pelaksanaan KBAT bergantung kepada keupayaan guru. Justeru, kesediaan guru perlu dikukuhkan bagi memastikan pelaksanaan KBAT dapat diimplementasikan terutama di sekolah rendah pedalaman.,Ijazah Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectIslamic education
dc.subjectTeacher knowledge
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesediaan guru pendidikan Islam sekolah rendah pendalaman Sabah terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi
dc.typetheses
dc.format.pages172
dc.identifier.callnoLC903.A233 2021 tesis
dc.identifier.barcode006407(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126258+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.