Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460166
Title: Amalan pembelajaran berasakan projek dalam kalangan guru prasekolah : satu kajian kes
Authors: Noraini Ab. Rashid (P88720)
Supervisor: Kamariah Abu Bakar, Dr.
Keywords: Pembelajaran berasaskan projek (PBP)
Prasekolah -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jan-2021
Description: Pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan suatu pendekatan pengajaran yang mengandungi elemen-elemen pembelajaran berpusatkan murid dan penglibatan aktif murid. Pendekatan ini juga menjurus kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang disarankan di dalam kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka amalan guru dalam mengendalikan pembelajaran berasaskan projek sebagai satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas prasekolah. Kajian ini melibatkan tiga orang guru prasekolah yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kes dengan teknik pengumpulan data iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah ini digunakan pada setiap fasa dalam pembelajaran berasaskan projek iaitu fasa perancangan, fasa kerja lapangan atau pelaksanaan pembelajaran dan fasa rumusan projek. Manakala instrumen kajian yang digunakan pula adalah protokol temu bual, senarai semak dan nota lapangan. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai pengetahuan berkaitan PBP dan dapat merancang serta mengurus proses pengajaran mengikut fasa-fasa di dalam PBP. Penggunaan pendekatan PBP di dalam proses pengajaran di prasekolah juga dapat memperkembangkan potensi dan kemahiran murid prasekolah. Input daripada kajian ini dapat membantu guru prasekolah dalam memperkayakan pedadogi guru serta meningkatkan kefahaman dan keyakinan guru dalam melaksanakan PBP.,Ijazah Sarjana Pendidikan
Pages: 185
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125939+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.